Padanya Ada Bahagia adalah sebuah karya yang istimewa.
Ini kisah tentang anak-anak kita, juga kisah tentang kita sebagai ibu bapa. Dalam mengharungi dunia kekeluargaan, terkadang kita lupa anak-anak kita adalah manusia biasa, sama seperti kita. Yang akan berbuat salah, yang punyai emosi mereka sendiri, punyai keinginan, dan sikap yang berbeza-beza.
Bagaimana kita menghadapi anak-anak dengan segala cabaran dunia hari ini? Buku ini tampil mengusulkan cadangan, memberikan tip-tip, supaya kita sebagai ibu bapa, mampu memberikan anak-anak kita bukan sekada kata-kata nasihat yang terbaik, tetapi contoh terbaik yang mereka akan ikuti apabila menjadi ibu bapa.
1- Bahagianya Berkasih Sayang
2- Bahagianya Memahami
3- bahagianya Berakhlak Mulia
4- Bahagianya Bersangka Baik
5- Bahagianya Kejujuran
6- Bahagianya Bersyukur
7- Bahagianya Berusaha
8- Bahagianya Menghormati
9- Bahagianya Beradab Sopan
10- Bahagianya Berlemah Lembut