Harga: RM 9.90 / RM 10.90
ISBN-13: 978-967-066-9
Tarikh Terbit: 19 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Jurnal Peribadi Dewasa
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Tiada
Ini bukan kisah saya yang patah hati. Mat despatch tidak mungkin patah hati. Ini kisah sepupu saya, seorang lelaki kacak itu dan emak saya meminta saya memulihkan semangat lelaki kacak itu. Ini hampir membuatkan saya pengsan! Baiklah, ini bukan berkenaan patah hati sahaja tetapi ada juga kisah berkenaan perempuan-perempuan cantik yang membuatkan hidup saya huru-hara. Walaupun huru-hara, banyak juga pengajaran yang saya peroleh daripada mereka. Yang utamanya, adalah...okey saya sudah lupa apa yang utama. Bacalah sendiri.

Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Apakah kegemaran Tuan Bahruddin?
Saya sangat sukakan motosikal dan modifikasi berkaitan dengan motosikal.
Idola Tuan Bahruddin dalam bidang penulisan?
Faizal Tehrani dan Shahnon Ahmad. Penulis luar negara pula Andra Hirata.
Falsafah penulisan?
Jujur untuk berbeza
Siapa Bahruddin Bekri sebenarnya?
Saya seorang yang pendiam tetapi suka memerhati. Melihat sekeliling.
Bagaimana mendapat ilham dalam penulisan
Saya melihat gelagat manusia dan memerhatikan alam. Suka bertanya bagi mendapatkan maklumat.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet