Imam Hanafi

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 6 orang pembaca):

54321

Abdul Latip bin Talib

Harga: RM 24.00 / RM 27.00
ISBN-13: 978-983-3892-77-8
Tarikh Terbit: 8 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 272

Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam

PTS Litera Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Tariq-Menang ataupun Syahid
    RM 23.90 / RM 26.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-057-2
    ISBN-10: 983-192-057-0
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2007
  • Ikramah-Penentang Jadi Pembela
    RM 22.90 / RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-068-8
    ISBN-10: 983-192-068-6
    Tarikh Terbit: 16 Apr 2007
  • Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-116-6
    ISBN-10: 983-192-116-X
    Tarikh Terbit: 07 Jan 2008

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.

Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.”

Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan.

Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.

Pendahuluan

Bab 1: Darah Mengalir di Kufah

Bab 2: Lahirnya Seorang Ulama

Bab 3: Anak yang Soleh

Bab 4: Al-Hajjaj Bin Yusoff At-Thaqafi

Bab 5: Berguru dengan Abdullah Bin Abbas

Bab 6: Berguru dengan Abdullah Bin Mas'ud

Bab 7: Debat Perdana

Bab 8: Kasih Seorang Guru

Bab 9: Mufti Kufah

Bab 10: Kejujuran Seorang Ulama

Bab 11: Mengerjakan Ibadah Haji

Bab 12: Hormat Kepada Guru

Bab 13: Dihukum Penjara

Bab 14: Pemberotakan di Khurasan

Bab 15: Tumbangnya Bani Umaiyah

Bab 16: Abu Al-Abbas As-Saffah

Bab 17: Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur

Bab 18: Diracun

Bab 19: Jasanya Tetap Dikenang

Bibliografi

Debat Perdana

"Sekiranya kamu menyalakan lampu dalam gelap, ke arah manakah sinar Iampu itu menghadap?” 

"Sinar lampu itu pasti rnenghadap ke seluruh arah dan penjuru." 

"Sekiranya demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan manusia,  bagaimana dengan Allah Pencipta langit dan bumi? Dia nur cahaya langit dan bumi.”  

"Kamu percaya adanya syurga?” tanya Dahri lagi. 

"Saya percaya,” jawab Imam Abu Hanifah.  

"Benarkah dalarn syurga itu disediakan pelbagai jenis makanan dan minuman?Tetapi penghuninya tidak buang air besar dan kecil.Bukankah itu cuma khayalan?” 

"Bukankah kamu pernah berada dalam perut ibu kamu selama sembilan bulan? Selama dalam kandungan ibu itu kamu juga makan dan minum. Tetapi kamu tidak pernah buang air kecil dan besar. Itu baru dalam kandungan perut ibu? Bagaimana pula sekiranya di  dalam syurga?" 

Namun Dahri masih tidak berputus asa mahu mengalahkan anak muda yang memalukannya itu. Dia memandang ke arah khalifah Yazid yang tersenyum. Sebelum itu wajah khalifah turut bermuram durja apabila para ulama tidak dapat berhujah dengan Dahri. Dahri berfikir seketika,mencari jalan bagi mengalahkan lawannya.  "Ini soalan aku yang terakhir. Aku yakin kamu tidak tahu apa jawapannya,"  kata Dahri sarnbil bercekak pinggang. Dia sengaja mengeraskan suaranya bagimenghilangkan rasa malunya. 

"Dengan izin tuhan saya pasti menjawabnya ..., ” balas Imam  Abu Hanifah.

"Anak muda yang masih mentah, beritahu aku apa yang sedang dilakukan oleh Tuhan kamu ketika ini?"Soalan Dahri yang terakhir    

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan