Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-401-004-1
Tarikh Terbit: 29 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 160
Kategori:
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Puteri Arabella
(Oleh: Natasha Effyzal)
Puteri Dian Adelia
(Oleh: Aizam Aiman)
Puteri Farisya
(Oleh: Iman Qaisara)
Puteri Qaira
(Oleh: Haryani Kamilan)
Puteri Humaira
(Oleh: Adha Ameera)
Ikuti kisah lima puteri mengharungi saat-saat sukar dalam hidup mereka.
Puteri Arabella kecewa kerana tidak mendapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan dalam peperiksaan. Dia kecewa kerana sebagai puteri raja dia merasakan tidak sepatutnya perkara itu berlaku. Mampukah Puteri Arabella bangkit dan cemerlang dalam pelajaran?
Puteri Dian Adelia semakin gembira bertemankan Izyan, rakan baiknya. Namun, tiba-tiba Izyan berubah. Dia dengan sengaja tidak menjawab walau satu pun soalan kuiz matematik. Mengapa Izyan bertindak begitu? Dapatkah Puteri Dian Adelia membantu rakannya itu?
Orang lain pasti gembira apabila dilantik menjadi pengerusi kelab sukan dan rekreasi sekolah. Namun tidak Puteri Farisya. Dia bimbang tidak dapat memikul tanggungjawab itu. Apatah lagi dia perlu mengendalikan pelajar-pelajar senior sebagai ahli kelab. Adakah Puteri Farisya terus mengelak ataupun memberanikan diri menggalas tugas itu?
Puteri Qiara kehilangan nenda tercinta yang kembali ke pangkuan Ilahi. Masih berdukacita dengan kehilangan itu, Dolly, monyet kesayangannya pula tiba-tiba jatuh sakit. Mampukah Puteri Qaira memujuk hati supaya reda dan tabah menghadapi dugaan Tuhan yang datang bertimpa-timpa?
Puteri Humaira tinggal berdua dengan Mak Cik Zainab kerana bondanya perlu berada di Istana Ahmar bagi menyelesaikan urusan negara. Mak Cik Zainab pula jatuh sakit. Buat pertama kalinya Puteri Humaira akan ke dapur, memasak bubur untuk Mak Cik Zainab. Mampukah Puteri Humaira menunjukkan kehebatan sebagai tukang masak?
Menulis siri:
1. Trilogi Diraja - Sayalah Puteri Raja, Sayalah Putera Mahkota dan Kamilah Kembar Diraja.
2. Siri My - My Angel, My Hero, My Secret dan My Memory. Penutup Siri My adalah novel Syok - Adilah Cik Serba Tahu.
3. Siri Kisah Si Puteri bersama empat penulis lain.
4. Juga untuk majalah Untuk Si Gadis.
Maklumat lanjut berkenaan penulis boleh diperolehi daripada Facebook Aizam Aiman (Leeya Myra).
Iman Qaisara adalah anak kelahiran negeri jelapang padi, Kedah. Beliau sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2010 dan cenderung meminati cerita kanak-kanak.

Penulis ini bermula sebagai salah seorang penulis bagi siri 'Kisah Si Puteri', bersama empat penulis lain. Dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, namun beliau sekeluarga menetap di Kajang hingga sekarang. Merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa UiTM Shah Alam, dan melanjutkan pengajian ijazah dalam jurusan Penerbitan di universiti yang sama, menjadi satu bonus bagi beliau demi menggilap pengalaman dalam industri ilmu ini. Beliau mensasarkan kanak-kanak dan awal remaja sebagai pembaca, dan akan mencuba pelbagai tema yang dekat di hati pembaca, yang penuh dengan mesej positif dan memberi motivasi.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet