
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 17 orang pembaca):




Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5406-16-4
Tarikh Terbit: 15 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 448
Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit
Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Saya suka isi dan cara persembahan saudara Bahruddin Bekri. Bersahaja tetapi amat menghiburkan. Cara penulis mengolah sebuah kisah yang sering terjadi dalam masyarakat Melayu secara narasi yang luar biasa membuatkan plotnya indah dan asyik. Ia sebuah kisah cinta dan perjuangan dalam kehidupan. Cinta sahabat sepupu dan cinta sesama insan.
Kisah mencari kerja yang sesuai, menanti cinta datang (cinta harus dicari dan dibajai) dan mencari modal untuk bisnes dinarasi pintal memintal bersama watak-watak bantuan. Watak-watak sampingan itu juga dijalin secara molek, tali-temali tidak putus. Dirangkai menggunakan lenggok penceritaan bahasa Melayu yang indah.
Satu plot mengenai pemburuan pencarian modal bisnes. Walaupun derma/bantuan oleh orang kaya itu kepada sepupu Rusdan (nama sudah lupa) sebanyak RM500,000 itu nampak ‘keterlaluan’, namun demi untuk melengkapkan pengajaran kepada Amrullah, maka ianya wajar. Tambahan pula, kerana kegiatan dan tipu-helah Amrullah berhasrat mematikan bisnes sepupu Rusdan, dan memberi ‘pukulan’ kepada Rusdan demi mengejar cinta seorang gadis, menatijahkan bantuan besar tersebut. Ianya memang adil. Lagi pun ayah Amrullah memang jutawan (orang kaya itu).
Ada jalan cerita atau sub-plot yang boleh diagak, tetapi saya sering tersenyum di sela-sela pembacaan. Desain kulit hadapan cantik, indah dan kontemporari sesuai dengan kisah keseluruhan novel ini. Susunan teks muka surat diatur kemas, tidak sakit mata untuk menatapnya.
Tahniah untuk penulis, saudara Bahruddin Bekri, orang Sarawak. Saudara telah menghadiahkan sebuah penulisan kreatif yang baik. Saya akan cari lagi novel-novel tulisan saudara.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Menurut pengarang, kisah yang diceritakan ini ada kesinambungan dari novel pertama beliau, Dunia Ini Sederhana Kecil. Fara tak baca novel pertama beliau, namun setelah membaca novel ini, Fara memang teringin sekali untuk memilikinya. Tuan Bahruddin Bekri mempunyai gaya penulisan yang mampu memukau Fara. Seperti kata beliau, jujur untuk berbeza. Kejujurannya mengundang satu daya tarikan untuk terus menatap novel ini.
Kisahnya begini. Rusdan sedang menghadapi masalah mencari pekerjaan yang bersesuaian dengannya selaku pemengang ijazah ekonomi. Kerana itu, dia pulang semula ke Sarawak dengan harapan akan mendapat pekerjaan. Sementara mencari pekerjaan, dia tinggal di gerai pisang milik sepupunya. Mereka tinggal berempat di belakang kedai pisang itu. Rusdan dijadikan tempat bagi mereka menyelesaikan masalah. Segala masalah.
Fara paling tertarik dengan watak Fatah bila Nursyahbandiah datang ke kedai pisang itu bagi membeli kelapa parut. Fatah akan berfalsafah dengan Nursyahbandiah. Sepertinya Nursyahbandiah yang dikenali juga dengan nama budak kelapa parut (sebelum diketahui nama sebenar) faham apa sahaja apa yang diperkatakan oleh Fatah. Nursyahbandiah pula agak ragu-ragu untuk melayan Fatah, bimbang jika dilayan kelapa parutnya lambat siap dan bila pulang ke rumah, dia akan dimarahi oleh emaknya.
Banyak lagi aksi yang terkandung di dalam novel ini yang membuatkan Fara teringat-ingat. Novel ini walaupun berbaur komedi, namun di dalamnya terkandung banyak ilmu untuk kehidupan seharian kita. Fara memang mengesyorkan novel ini untuk bacaan pada masa lapang. Tahniah untuk Tuan Bahruddin Bekri.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
novel ini amat menarik .
bermula dari plot awal , klimaks hingga pelaraian .
kisah yang penuh dengan falsafah dan humor kehidupan .
menjadikan pembaca lebih sedar tentang apa erti hidup .
tahniah buat Bahruddin Bekri !
sepanjang zaman .. ♥





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
nampak macam menarik hari ini saya nak beli
Ulasan kaver buku
cantik.
Ulasan bahasa
x tahu sebab tak baca lagi.. hahahahaha =D





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
hahaha… best.. kelakar dan menginsafkan
Ulasan kaver buku
Lawa gila
Ulasan bahasa
Agak skema tetapi lama2, jadik biasa