
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 5 orang pembaca):




Harga: RM RM24.00 / RM RM27.00
ISBN-13: 978-983-3892-92-1
Tarikh Terbit: 11 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam
Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.
Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.
Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.
Kisah Perang Badar, perang pertama umat Islam.
Bab-bab awal berkisah berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak Quraisy kafir di Mekah terasa sukar.
Bab akhir adalah kemuncak peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas pihak Madinah dan mekah.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
1. Badar ialah peperangan pertama yang dihadapi oleh Nabi Muhammad dalam mengembangkan dakwah Islamiah. Sejarah perkembangan Islam tidak dapat dipisahkan daripada beberapa peperangan yang pernah dialaminya. Namun, umat Islam wajar berhati-hati ketika membicarakan sejarah peperangan itu. Umat Islam mestilah mencari maklumat berdasarkan bahan ilmiah yang dipercayai seperti buku ini.
Pernah wujud usaha propaganda Barat yang cuba mengaitkan Islam dengan keganasan. Oleh itu, penceritaan sejarah peperangan yang dihadapi oleh umat Islam mestilah dimulakan dengan sebab dan tujuan peperangan.
Pengkisahan sejarah peperangan umat Islam terdahulu menentang serangan kufur boleh membina jati diri umat Islam mutakhir. Namun ia tidak wajar sekadar membina semangat melulu tanpa memahami kisah yang tersirat sebelum dan selepas sesuatu peperangan.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Assalamu’alaikum,
Peperangan adalah sesuatu yang patut dihindari. Kesan daripada peperangan amat menyayat hati. Ini dapat dilihat dari kisah-kisah peperangan yang berlaku sejak dari zaman dahulu sehingga kini. Peperangan bukan sahaja memberi kesan secara fizikal malah ia juga memberi kesan secara psikologikal kepada sesiapa yang menghadapinya baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Kesan buruk daripada peperangan ini tidak dapat dinafikan. Namun kadang kala peperangan tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, sekiranya negara kita diancam oleh pihak musuh yang tidak mahu berunding ke jalan damai, maka mahu atau tidak peperangan untuk mempertahankan diri terpaksa dihadapi. Ini dapat dilihat seperti di Palestin dan di Iraq.
Di dalam sejarah Islam, Perang Badar adalah peperangan yang pertama dihadapi oleh umat Islam. Ia adalah peperangan yang tidak dapat dielakkan demi menjaga maruah agama dan keselamatan negara. Di dalam peperangan ini, nabi Muhammad sendiri yang memimpin tentera Islam untuk berhadapan dengan musuh walaupun baginda adalah ketua negara.
Buku yang ditulis oleh Pak Latip ini wajar dihadam oleh umat Islam agar dapat menghayati erti perjuangan. Ia bukan sekadar kisah tentang peperangan, bahkan kisah keimanan para sahabat yang berjuang dengan rasa penuh yakin kepada janji-janji Tuhan.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Dalam buku ini tersingkap sejarah Perang Badar.Perjuangan iman telah dicabar.Doa dan harapan umat islamlah yang menjadi sandaran pejuang islam.Dengan tekad dan semangat jihad,sekiranya gugur pasti syahid.Tumpahnya darah para syuhadah menjadi bukti sebuah empayar.Walaupun tentera islam sedikit.Namun,tiada gentar terpalit.Keyakinan pada tuhan yang Esa.Mereka dapat memusnahkan kufar durjana.Keimanan dan ketaqwaan tentera islam dipertaruhkan.Berkat doa junjungan mulia dengan segera bantuan tiba.Kekalahan tentera mekah terpaksa berundur luka berdarah.Kekecewaan jelas terselah gagal membunuh Rasulullah.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Badar ialah peperangan pertama yang dihadapi oleh Nabi Muhammad dalam mengembangkan dakwah Islamiah. Sejarah perkembangan Islam tidak dapat dipisahkan daripada beberapa peperangan yang pernah dialaminya. Namun, umat Islam wajar berhati-hati ketika membicarakan sejarah peperangan itu.
Pernah wujud usaha propaganda Barat yang cuba mengaitkan Islam dengan keganasan. Oleh itu, penceritaan sejarah peperangan yang dihadapi oleh umat Islam mestilah dimulakan dengan sebab dan tujuan peperangan.
Pengkisahan sejarah peperangan umat Islam terdahulu menentang serangan kufur boleh membina jati diri umat Islam mutakhir. Namun ia tidak wajar sekadar membina semangat melulu tanpa memahami kisah yang tersirat sebelum dan selepas sesuatu peperangan.
DAKWAH ISLAMIAH SEBELUM DAN SELEPAS HIJRAH
Era dekad pertama dakwah Islamiah di Makkah menyaksikan dakwah dijalankan secara rahsia dan pertemuan umat Islam untuk mendengar ajaran Rasulullah dilakukan dari rumah ke rumah. Sejarah meriwayatkan rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai tempat paling kerap pertemuan dilakukan.
Kaum musyrikin Makkah tidak dpat menghidu aktiviti umat Islam di rumah ini. Sedangkan dalam waktu itu, sesiapa yang dikesan mengikuti dakwah Nabi Muhammad pasti akan diseksa oleh kaum Quraisy Makkah, terutama golongan hamba ataupun yang tidak mempunyai pelindung yang tuannya terdiri daripada bangsawan Quraisy Makkah.
Sikap pilih kasih musyrikin yang memilih bulu dalam menyeksa mangsa ini pun sebenarnya menimbulkan kesangsian orang Makkah yang belum mendekati Islam. Mengapa penyeksaan dan sekatan terhadap umat Islam dilalkukan?
Hijrah Rasulullah ke Madinah yang asalnya dikenali Yathrib membuka lembarab baru dalam lipatan sejarah perkembangan Islam. Di sini dakwah Islamiah dijalankan secara terbuka dan diperkukuhkan dengan perlantikan Nabi Muhammad sebagai ketua negara berperlembagaan yang baru ditubuhkan.
Penerimaan orang Madinah terhadap dakwah dan kepimpinan Nabi Muhammad pun bukanlah secara mendadak, tetapi sebagai lanjutan daripada beberapa siri pertemuan rahsia mereka dengan baginda untuk mengikuti ajaran Islam. Bahkan dua perjanjian telah dimeterai di Makkah beberapa tahun sebelum Hijrah, iaitu Aqabah I dan Aqabah II.
Di Madinah, baginda dilihat sebagai pejuang hak asasi manusia yang mampu menyusun semula struktur masyarakat yang kacau bilau. Sebab utamanya ialah monopoli kuasa ekonomi dipegang oleh korporat Yahudi di Madinah. Sesungguhnya Madinah tidak mempunyai struktur politik saperti di Makkah. Yang berkuasa hanyalah orang yang berharta yang hampir keseluruhannya puak Yahudi.
Hijrah Rasulullah yang hanya berbekalkan sehelai sepinggang bersama Abu Bakar pada malam pengepungan Quraisy di sekitar rumah yang bertujuan untuk membunuhnya menjadi bukti sikap mempertahankan diri baginda dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Sebelum itu pun, Umar al-Khattab ketika mula-mula memeluk Islam keluar berbaris beramai-ramai menuju Kaabah untuk mengisytiharkan keislaman mereka.
Penyertaan Omar ke dalam barisan dakwah Islamiah menggembirakan Rasulullah. Bahkan baginda sering berdoa agar diislamkan salah seorang pembesar Quraisy yang bernama Umar, iaitu Umar bin al-Khattab ataupun Amru (Umar) bin Hisyam (Abu Jahal).
Cuma, baginda tidak ghairah dengan cadangan Umar itu. Dua sebab utama yang menghalang Rasulullah daripada menerima cadangan itu ialah umat Islam tidak mempunyai kekuatan dan tidak ada wahyu yang membenarkan mereka menggunakan kekerasan (peperangan ataupun pertempuran).
Sikap baginda ini membuktikan bahawa Islam bukannya dikembangkan dengan bantuan pengaruh orang berkedudukan sahaja. Sebaliknya pengislaman Umar membuktikan bahawa Islam boleh diterima oleh mereka yang berilmu dan bijak menggunakan pertimbangan akal.
Umar memang terkenal sebagai tokoh yang berpendidikan dan bijak, tidak saperti tokoh Quraisy yang lain. Pengislaman beliau tambah menyerlahkan lagi sikap pilih kasih Quraisy kerana tidak ada sesiapa pun yang berani menegur atau menyingkir beliau daripada masyarakat Quraisy, apalagi menyeksa beliau.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Buku ini yang terbaik yang pernah saya baca !
Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."
Khalifah-Khalifah Yang Benar merupakan kompilasi daripada empat buah novel sejarah Abdul Latip Talib yang terdahulu, iaitu Abu Bakar, Umar Al Khattab, Uthman Affan dan Ali bin Abi Talib.
Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan