Buku
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1
ISBN: 978-967-481-190-7
Muka Surat: 432
Saiz (inci): 6 x 9
Tarikh Terbit: 20 Sep 2018
Kategori: Islam, Islam Umum
Siri: Karya Hamka, Tafsir Al-Azhar
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-481-190-7
Muka Surat: 432
Saiz (inci): 6 x 9
Tarikh Terbit: 20 Sep 2018
Kategori: Islam, Islam Umum
Siri: Karya Hamka, Tafsir Al-Azhar
Imprint: PTS Publishing House
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai asal usul kewujudan Tafsir Al-Azhar yang menjadi karya teragung beliau. Selain itu ia adalah tafsir Al-Quran berkaitan surah Al-fatihah dan Juzuk 1 iaitu sebahagian daripada surah Al-Baqarah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Kata Pengantar
Mukadimah
Pendahuluan
Al-Quran
I’jazul Quran
Isi Mukjizat Al-Quran
Al-Quran Lafaz dan Makna
Mentafsirkan Al-Quran
Israiliyyat itu Dapat Kita Bahagiankan Kepada Tiga
Erti Takwil Hampir Sama dengn Tafsir
Haluan Tafsir
Mengapa Dinamakan Tafsir Al-Azhar
Hikmah Ilahi
Sungguh Allah Maha Kuasa!
Aneh Tetapi Benar
SURAH AL FATIHAH
Apa Sebab?
Sekarang Tentang Erti Ibadah
Al-Fatihah sebagai Rukun Solat
Di Antara Jahar dan Sirr
Dari Hal Amin
Al-Fatihah dengan Bahasa Arab
Kesimpulan
SURAH AL-BAQARAH (JUZUK 1)
Pendahuluan
Takwa dan Iman
Kufur
Apa Erti Kafir?
Apa Sebab Orang Menjadi Kafir?
Nifak (1)
Nifak (2)
Malaikat dan Khalifah
Tentang Khalifah
Dakwah kepada Bani Israel
Menyembelih Lembu Betina
Sopan Santun Kepada Rasulullah s.a.w.
Perjuangan Nabi Ibrahim
Menjadi Imam Sesudah Lulus Ujian
NOTA HUJUNG
Muka surat: 47
SOALAN 1
Adakah tafsir Al-Azhar terbitan PTS mempunyai kelulusan KDN ataupun Jakim?
Pihak PTS sudah menghantar keseluruhan set Tafsir Al-Azhar ke Bahagian semakan Teks Al-Quran KDN untuk semakan dan pengesahan sebelum ia diterbitkan secara sepenuhnya.
Daripada mesyuarat yang dijalankan dalam kalangan pegawai Bahagian Semakan teks Al-Quran KDN, keputusannya menyatakan bahawa buku berbentuk tafsir belum lagi memerlukan kelulusan Bahagian Semakan Teks Al-Quran KDN.
Apatah lagi tafsir yang diterbitkan oleh PTS sekadar 1 juzuk bagi setiap buku dan Tafsir Al-Azhar adalah salah satu tafsir nusantara yang cukup dikenali dan diperakui.
SOALAN 2
Apakah perbezaan antara Tafsir Al-Azhar terbitan PTS dengan Tafsir al-Azhar yang diterbitkan sebelum ini?
Tafsir al-Azhar terbitan PTS dibuat dalam edisi mengikut juzuk yang mana Tafsir Al-Azhar edisi lama ataupun yang semasa tetapi diterbitkan oleh penerbit lain di Indonesia diterbitkan mengikut jilid.
Selain daripada itu, tafsir Al-Azhar terbitan PTS tidak sepenuhnya menggunakan Bahasa asal tetapi dibuat sedikit penyesuaian istilah terutamanya istilah-istilah yang membawa maksud berbeza ataupun negatif di antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu. Contohnya istilah ‘gampang’ yang membawa maksud ‘senang’ ataupun ‘mudah’ tetapi mempunyai makna yang negatif jika dikekalkan bagi pembaca Malaysia.
SOALAN 3
Adakah Tafsir Al-Azhar terbitan PTS adalah terjemahan dari Tafsir Al-Azhar yang asal dalam bahasa Indonesia?
Tafsir Al-Azhar terbitan PTS bukan berbentuk terjemahan dari Tafsir Al-Azhar yang asal dalam Bahasa Indonesia. Sebaliknya ia adalah edisi yang dibuat penyesuaian istilah sahaja. Buya Hamka sendiri tidak meletakkan Tafsir Al-Azhar sebagai tafsir Quran dalam Bahasa Indonesia sahaja tetapi ia sesuai adalah Bahasa Indonesia Moden yang sesuai dengan Bahasa Melayu.
Buya Hamka menyatakan dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1, halaman 29,
“Oleh kerana itu, kami terjemahkan dan kita tafsirkan Al-Quran ini ke dalam Bahasa Indonesia Moden yang sedang berkembang, dengan berpegang kepada pendapat Abu Hanifah tadi, iaitu untuk membimbing orang yang tidak tahu Bahasa Arab, tetapi ingin mengentahui isi Al-Quran dan kita peringatkan bahawa ini adalah terjemahan.”
Buya Hamka menyatakan lagi dalam Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1, halaman 30,
“dan sekarang kita terjemahkan tiap-tiap ayat Quran yang 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat ini ke dalam Bahasa Indonesia atau Melayu dan di samping terjemahan, penulis ini mencantumkan bunyi ayat aslinya dengan huruf arabnya.”
SOALAN 4
Jika saya dapati kesilapan ataupun kesalahan cetakan sama ada berbentuk ejaan ataupun teks, bagaimana boleh saya berikan maklum balas kepada PTS sebagai penerbit?
Sekiranya pihak pembaca menemui sebarang kesilapan dan kesalahan dalam Tafsir Al-Azhar terbitan PTS, boleh emelkan maklumat kesilapan yang dikenal pasti itu ke [email protected].
Mohon sertakan juga gambar (sekiranya dapat) untuk rujukan pihak penerbit.