Artikel

Berhibur sambil Belajar: Oh, Senangya Sains Biologi

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 17 Jun 2014

Oh, Senangnya Sains Biologi mengisahkan tentang dua karakter iaitu Dao dan Bazzi yang merupakan karakter permainan video popular di Korea.

Kandungan buku ini menceritakan tentang misi Dao dan Bazzi dalam meneruskan ekspedisi saintifik mereka dalam membantu Naru dengan menjelaskan tentang prinsip-prinsip biologi yang berlaku terhadap manusia, tumbuhan dan haiwan.

Buku ini dicetak ke dalam Bahasa Melayu khas untuk pelajar sekolah menengah yang merasakan subjek sains biologi adalah sukar. Sehubungan itu, buku ini dapat menarik minat para pelajar sekolah menengah untuk memahami sains biologi dengan lebih mudah.

Kandungan buku ini juga disusun mengikut kandungan buku teks sekolah menengah diikuti dengan penerangan tentang setiap bab dan objektif.  Buku ini dijual lebih 1 juta naskhah di Korea. Gambar rajah dan visual yang menarik dan mudah difahami ini menarik minat pelajar untuk mengetahui lebih jelas tentang sains biologi.

Selain itu, buku ini juga  penuh dengan elemen-elemen lucu, santai dan menghiburkan yang pasti menyerap informasi secara mudah dan menyeronokkan.

Dengan isi kandungannya yang padat dengan ilmu-ilmu sains biologi, ia sesuai dibaca oleh semua pelajar sekolah menengah. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024