Artikel
Kenali Socrates Berkulit Hitam
oleh Abdullah pada 05 Dec 2019
Siapa tidak kenal dengan ahli falsafah Yunani ini, Socrates. Antara kata-kata beliau yang popular, “Satu-satunya kebijaksanaan sejati adalah mengetahui anda tidak tahu apa-apa.” Petikan daripada kata-kata Socrates ini menunjukkan kerendahan hati atas ilmunya yang tinggi.
Butiran mengenai kehidupan Socrates berasal daripada kedua sumber kontemporari, dan kemudian sumber zaman purba. Dari sumber kontemporari, lebih banyak maklumat diambil daripada dialog Plato dan Xenophon (kedua-dua penganut Socrates), dan testimoni Antisthenes, Aristippus, dan Aeschines Sphettos. Kemudian sumber-sumber zaman purba termasuk Aristoxenus, Apollodorus dari Atena. - wikipedia
Dalam buku Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam (Edisi Kemas Kini) yang diterbitkan oleh PTS, penulisnya, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan antara Socrates dan Luqmanul Hakim yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran melalui surah Luqman menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik; analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik.
Nasihat Luqman kepada anaknya, dicatat di dalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19:
Buku Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam (Edisi Kemas Kini) adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri susuk Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469 - 366 SM).
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di kala sedang memberinya nasihat, (katanya): “Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.”
Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): Hendaklah engkau bersyukur kepadaKu dan kepada ibubapamu, kepada Akulah tempat kembali.
Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan Aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka Aku akan mengkhabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.
Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau di langit, ataupun di bumi, nescaya Allah akan tunjukkan (memperlihatkannya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui.
Hai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).
Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan Negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercayai berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Socrates tidak pernah menulis falsafahnya, yang kita tahu pada hari ini adalah daripada perbualan dan pengenalan oleh Plato. Yang dikatakan anak muridnya. Ada yang berpendapat, Socrates juga tidak mengajarkan filosofi seperti seorang guru di dalam kelas, melainkan beliau hidup dengan filosofinya sendiri. Baginya falsafah bukan tentang isu tulis, bukan hasil dapatan dan bukan sebuah ajaran, melainkan ianya fungsi hidup (ad-deen)- the way of life. Falsafahnya adalah mencari kebenaran.