Artikel

Promosi Maulidur Rasul 2021: Muhammad Pemimpin Teragung

oleh Norkhairisa Mohd Khalid pada 11 Oct 2021

“Katakan: Jikalau benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku (Muhammad). Nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.” (Ali Imran 3: 31)

Tanggal 12 Rabiulawal begitu istimewa buat umat Islam. Tarikh memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., kekasih Allah yang mulia. Tahun ini, kita menyambutnya pada 19 Oktober 2021. Sebagai umat Islam, meskipun hukum untuk menyambut Maulidur Rasul bukanlah perkara yang wajib, tetapi kita digalakkan berbuat demikian kerana sambutan itu sebenarnya membangkitkan “roh” atau semangat keislaman kembali memutik dalam sanubari hati orang Islam.

Jika dahulu, sambutan Maulidur Rasul lazimnya disambut dengan alunan selawat sambil melakukan perarakan dan majlis khatam al-Quran, namun dalam situasi negara kita yang sedang berusaha memutuskan rantaian Covid-19, cara terbaik adalah kita sendiri yang melatih diri dengan memperbanyakkan mengingati Rasulullah s.a.w.. Antara cara yang paling mudah adalah melazimi ucapan selawat ke atas junjungan baginda Nabi, mengamalkan sunnah Nabi dan berusaha memperbanyakkan bacaan tentang kisah perjalanan Rasulullah s.a.w.

Berikutan dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini PTS berbesar hati mengumumkan promosi buku-buku bertemakan Muhammad: Pemimpin Teragung. Sebanyak 33 buah buku berkisar suri tauladan yang malar segar buat mereka yang merindui Nabi. Buku-buku ini kesemuanya menjadi panduan kita untuk mengikuti Rasulullah dari aspek gaya hidup, bisnes dan tip mudah kehidupan dan keibubapaan.

Promosi kali ini menawarkan 7 poskad sunnah Peninggalan Rasulullah buat pembeli yang membeli mana-mana buku promosi, terhad kepada 1 keping poskad untuk setiap pembeli. Dapatkan bermula dari 11 Oktober sehingga 24 Oktober 2021 di mana-mana kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, dan lain-lain. Mahu mendapatkannya secara atas talian? Dapatkan di bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Kedai Borong PTS.

Akhir kata, semoga kita dapat mengenali dan mengetahui peribadi baginda Rasulullah s.a.w. dan mengaplikasikannya dalam kehidupan agar dapat menjemput keredaan Allah dan balasan baik di dunia dan akhirat.





Muhammad: Pemimpin Teragung

Tawaran: Percuma Poskad 7 Sunah Peninggalan Rasulullah

Syarat: Beli mana-mana buku dalam senarai promosi, percuma poskad (Terhad 1 keping untuk setiap pembeli)

Tarikh Promosi: 11 - 24 Oktober 2021

Klik pts.com.my/maulidur-rasul untuk senarai penuh buku promosi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024