Artikel
Tugas Membaca Buku Sebelum Tidur Diserahkan Kepada Walid
oleh heylittleprecious pada 05 Dec 2022
Bila manfaat membaca buku dengan ayah lebih banyak, jadi dekat rumah ini, tugas membaca buku sebelum tidur diserahkan kepada Walid ðĪ
Jom, kali ini Nafeesa hendak berkongsi buku-buku Siri Sayangi Alam dari @pts.jr ! ð Ada 6 buah buku dalam siri ini. Apa yang menarik dalam buku ini:

1. Info ekosistem & alam sekitar - Kita hendak anak cakna isu alam sekitar, tapi kita sendiri tidak tahu macam mana hendak ajar. Buku-buku dalam siri ini sangat membantu! Info mudah difahami, menarik & dalam bentuk penceritaan & ilustrasi ðŊ
2. Ilustrasi menarik & berwarna-warni - Macam Nafeesa belum tahu membaca, jadi dia sangat tertarik dengan gambar-gambar dalam buku ini. Melalui gambar pun dia boleh faham tahu ð
3. Teknik pemeliharaan & pemuliharaan alam sekitar - Anak-anak dapat berfikir & mempraktikkan juga dalam kehidupan seharian. Melentur bulur biarlah dari rebungnya kan ð

4. Bagi Mommy, buku siri ini sesuai untuk kanak-kanak dari umur 3 hingga sekolah rendah. Nanti hendak buat karangan isu alam sekitar senang lah ðĪŠ
5. Dapat belajar menggunakan bahasa Melayu yang baik, meningkatkan kosa kata & belajar ejaan yang betul.

Sesungguhnya, kita sangat memerlukan lebih banyak buku bahasa Melayu yang berkualiti & menarik seperti ini! Terima kasih PTS.JR atas usaha ini! ð