Diari Mat Kilang mengisahkan kehidupan seorang juruteknik kualiti, Wan Mohd Musyris di kilang yang terlibat dalam pengeluaran mesin pengimbas sinar-X. Wan Mohd Musyris adalah graduan dari politeknik di timur semenanjung. Niatnya, melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negeri terbantut tetapi dia masih punya impian untuk hidup di negara orang. Dia cuba memastikan impiannya tercapai walau apa cara sekalipun.Di kilang tempat beliau bekerja ada sedikit konflik, bosnya mahu memberi kenaikan pangkat kepada pekerja yang paling bermasalah di bahagian kualiti dan hanya menunggu tarikh diumumkan sahaja. Wan tidak berpuas hati tetapi tetap melakukan kerja-kerjanya sebagai juruteknik kualiti seperti tiada apa yang berlaku.
Mengisahkan seorang pekerja kilang yang mencatatkan kisah peribadinya dalam Diari Mat Kilang.