Buku

Paradoks: Fenomena Fizik dan Realiti Sains Fiksyen

oleh Haziq AJAR

RM 40.00 / RM 43.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-050-6

Muka Surat: 196

Saiz (inci): 5.8 x 8.3

Tarikh Terbit: 25 Sep 2024

Siri: Nuansa

Paradoks: Fenomena Fizik dan Realiti Sains Fiksyen adalah kunci bagi membuka pintu pemahaman yang lebih mendalam tentang alam semesta dan tempat kita di dalamnya. Dengan mengumpulkan 22 topik perbincangan yang menarik merangkumi ilmu fizik dan realiti sains fiksyen dalam kehidupan, buku ini menawarkan panduan yang berharga bagi mereka yang meminati topik-topik berilmiah dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan dihadam.

Buku ini bukan sahaja memberikan pengetahuan, tetapi juga memacu pemikiran kritis dan membantu pembaca memahami bagaimana paradoks dapat membantu kita melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Dengan demikian, buku ini adalah alat yang berharga kepada sesiapa sahaja yang ingin memperluas cakrawala pemikiran mereka dan memahami bagaimana ilmu pengetahuan dan sains fiksyen saling berinteraksi dan mempengaruhi satu sama lain.

Dengan kata lain, Paradoks: Fenomena Fizik dan Realiti Sains Fiksyen adalah kunci untuk memahami bagaimana kita boleh menggunakan ilmu pengetahuan untuk menjelajahi dunia yang tampaknya mustahil.

Kata Pengantar

Bab 1: Misteri Alam Semesta

Topik 1: BLACK HOLE: Lubang Hitam yang Menyedut Segalanya

Topik 2: Bergerak dengan Kelajuan Cahaya

Topik 3: OUMUAMUA : OBJEK MISTERI DARI ALIEN?

Bab 2: Waktu & Ruang dalam Kehidupan

Topik 4: Waktu Malaysia yang salah

Topik 5: 5 Cara Untuk Time Travel

Topik 6: Berulang-Ulang

Bab 3: Fizik dalam Kehidupan

Topik 7: Paradoks Tayar Basikal

Topik 8: Fizik Permainan Lato – Lato yang Rupanya Amat Menakjubkan

Topik 9: Macam Mana Cermin Tahu Apa Belakang Penghalang? Peliknya

Topik 10: Fizik dalam Tayar Kereta Api

Topik 11: Kenapa ‘Traffic Jam Hantu’ Boleh Berlaku? 

Topik 12: Membongkar Fizik Sepakan Lagenda Faiz Subri

Topik 13: Membongkar Servis Lagenda Sidek yang Terlalu Hebat Sehingga Diharamkan

Bab 4: Tenaga

Topik 14: Detik Akhir Malaysia Kehabisan Tenaga

Topik 15: Kenapa Malaysia Tidak Gunakan Tenaga Nuklear?

Topik 16: Kisah Teras Syaitan “Demon Core”

Topik 17: Kenapa Hiroshima Tak Jadi Kubur Radioaktif Macam Chernobyl?

Bab 5: Keunikan Alam Menurut Perspektif Sains

Topik 18: Mengira Butir Pasir Di Pantai

Topik 19:  5 Perangai Pelik Haiwan.

Bab 6: Sains Fiksyen

Topik 20: Mana Alien? Kenapa Kita Tidak Menemuinya sehingga Sekarang?

Topik 21: Multiverse – Teori ‘sains’ Paling Merepek?

Topik 22: Adakah Dunia Ini Hanyalah Satu Simulasi?

Glosari

Istilah

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024