Buku

Historia: Naratif Kuasa, Evolusi, Inovasi dan Konflik Sepanjang Zaman

oleh Haziq AJAR

RM 40.00 / RM 43.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-629-493-051-3

Kod Bar: 9786294930513

Muka Surat: 240

Saiz (inci): 5.8 x 8.3

Saiz (cm): 22 x 15

Tarikh Terbit: 26 Sep 2024

Siri: Nuansa

BISAC: HISTORY / World (HIS037000)

Historia: Naratif Kuasa, Revolusi, Inovasi, dan Konflik Sepanjang Zaman ialah kunci untuk memahami tentang kuasa yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan manifestasinya, membentuk sejarah manusia. Dengan mengumpulkan 18 topik perbincangan yang menarik merangkumi politik, teknologi dan konflik dalam sejarah ketamadunan manusia. Buku ini menawarkan pengetahuan yang berharga untuk mereka yang meminati topik-topik ilmiah dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan dihadam.

Buku ini bukan sahaja memberikan pengetahuan, tetapi juga memacu pemikiran kritis dan membantu pembaca memahami kuasa, revolusi, inovasi, dan konflik dalam pembentukan dunia kita. Dengan demikian, buku ini alat yang berharga untuk sesiapa sahaja yang ingin memperluas cakerawala pemikiran mereka dan memahami sejarah dan masa depan kita yang saling berinteraksi serta mempengaruhi satu sama lain.

Dengan kata lain, Historia: Naratif Kuasa, Revolusi, Inovasi, dan Konflik Sepanjang Zaman boleh dijadikan kunci bagi mengetahui dan memahami sejarah untuk menjelajahi dunia yang tampaknya kompleks, dan cara yang kita boleh gunakan pemahaman ini untuk membentuk masa depan kita. Buku ini jendela yang boleh kita gunakan untuk melihat masa lalu, yang membantu kita memahami masa kini dan merancang masa depan yang lebih baik.

Bab 1: Sejarah & Pengaruhnya

  • Topik 1: Spanish Inquisition - Tragedi terkejam manusia yang membantai orang Islam Sepanyol
  • Topik 2: Apa Jadi Jika Perpustakaan Terhebat di Baghdad Tidak Dimusnahkan?
  • Topik 3: Dosa – Dosa Terkutuk Empayar British
  • Topik 4: Serangan Mongol yang Amat Menakutkan Sehingga Ulama Menyangka Dunia Telah Kiamat
  • Topik 5: Umar Abdul Aziz : Tidak Ada Pemimpin Mampu Melakukan Apa Beliau Lakukan
  • Topik 6: Philosopher’s Stone: Batu yang Mampu Memberikan Kehidupan Abadi?
  • Topik 7: Dracula: Musuh Sultan Muhammad Al-Fateh yang Mengerikan

Bab 2: Perkembangan Sains & Teknologi

  • Topik 8: Hiroshima vs Chernobyl : Mengapa Satu Jadi Kubur Radioaktif, Satu Tidak ?
  • Topik 9: Kenapa Kita Ambil Ribuan Tahun Tinggalkan Ilmu Tilik Bintang?
  • Topik 10: Satu Mesin yang Menjatuhkan Keseluruhan Khilafah Islam?

Bab 3: Budaya & Warisan

  • Topik 11: Muzium British: Tempat Terkumpulnya Hasil Curian Terbesar Dunia?
  • Topik 12: Kisah Menakutkan Asal – Usul Lagu 'Nenek Si Bongkok Tiga'
  • Topik 13: Batu Rosetta : Batu Bersurat yang Membuktikan Kebenaran Al-Quran

Bab 4: Politik & Konflik

  • Topik 14: Bagaimana Khilafah Terkuat Boleh Tumbang
  • Topik 15: Malaysia selamatkan Amerika? : Konflik di Somalia
  • Topik 16: Perang Berani Mati Pahlawan Dunia Melawan Teknologi Canggih Senjata Api Barat

Bab 5: Manusia & Kemanusiaan

  • Topik 17: Unit 731: Eksperimen Manusia Terkejam Jepun
  • Topik 18: Oppenheimer : Saintis Pencipta Senjata Pemusnah Dunia

Glosari

Istilah

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025