Buku

Persepsi: Perang Politik Media Sosial

oleh Datuk Dr Noor Azizan Majid, Dr. Norman Sapar, Dr. Ab Razak Che Hussin

RM 40.00 / RM 43.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-629-493-259-3

Kod Bar: 9786294932593

Muka Surat: 314

Saiz (inci): 5.8 x 8.3

Saiz (cm): 22 x 15

Tarikh Terbit: 26 May 2026

Siri: Nuansa

BISAC: POLITICAL SCIENCE / International Relations / Diplomacy / Public Policy / Social Policy (POL011010 ) (POL029000)

Dalam sebuah dokudrama pada tahun 2020, The Social Dilemma, pakar-pakar teknologi mendedahkan bagaimana media sosial direka supaya penggunanya ketagih. Lalu, ketagihan manusia diperdagangkan untuk kepentingan pihak tertentu.

Begitu juga dengan The Great Hack pada tahun 2019, bagaimana data berjuta-juta pengguna digunakan untuk menghantar iklan politik yang sangat spesifik bagi mengubah keputusan undi.

DOSM mendedahkan, 98.3% rakyat Malaysia dapat mengakses internet. 99.7% daripadanya pula aktif di platform media sosial. Setiap hari, kita melihat permusuhan berlaku dengan sangat ketara. Rakyat saling benci-membenci dan tuduh-menuduh pada isu picisan dan bukan isu tunjang. Siapa yang mencucuh api permusuhan ini?

Masih relevankah isu sentimen perkauman pada ketika rakyat masih bergelut dengan peluang pekerjaan, isu air bersih, isu pemilikan rumah, kos pendidikan dan kesihatan yang belum diselesaikan?

Dalam demokrasi, pemikiran rakyat adalah aset yang paling mahal, tetapi sering dijual beli dengan nilai lelong. Parti politik sanggup membelanjakan berjuta untuk mendapatkan undi, rakyat pula melepaskannya dengan harga yang sangat murah.

Buku ini adalah provokasi terhadap cara fikir, kerana itulah satu-satunya senjata yang dimiliki oleh rakyat. Jika rakyat berfikir secara kritis, maka seluruh sistem manipulasi akan runtuh.

BAB 1 EVOLUSI MEDIA SOSIAL DALAM LANSKAP POLITIK

Pengenalan

Evolusi Media Sosial sebagai Ruang Politik

Media Sosial dan Pembentukan Persepsi Politik

Penglibatan Politik sebagai Terjemahan Persepsi kepada Tindakan

Implikasi Penglibatan Politik terhadap Demokrasi dan Kestabilan Politik

Cabaran Etika, Tanggungjawab dan Arah Masa Depan Politik Media Sosial

Senario dan Kajian Kes

Ringkasan

 

BAB 2 MODEL PENGLIBATAN POLITIK DALAM MEDIA SOSIAL

Pengenalan

Konsep Penglibatan Politik dalam Media Sosial

Dimensi Penglibatan – Pemikiran, Emosi dan Tindakan

Sikap, Norma Sosial dan Kawalan Tingkah Laku

Penglibatan Reaktif dan Penglibatan Reflektif

Pengukuran Penglibatan Politik dalam Media Sosial

Sintesis Model Penglibatan Politik dalam Konteks Malaysia

Senario dan Kajian Kes

Ringkasan

 

BAB 3 APLIKASI MODEL PENGLIBATAN POLITIK DALAM MEDIA SOSIAL

Pengenalan

Konteks Politik Media Sosial di Malaysia

Corak Penglibatan Politik Pengguna Media Sosial

Penglibatan Reaktif dan Reflektif dalam Isu Politik Semasa

Mentafsir Angka Penglibatan — Antara Persepsi dan Realiti

Implikasi Model terhadap Strategi Komunikasi Politik

Implikasi Dasar dan Masa Depan Politik Media Sosial

Senario dan Kajian Kes

Ringkasan

 

BAB 4 POLARISASI, ETIKA DAN TADBIR URUS POLITIK MEDIA SOSIAL

Pengenalan

Polarisasi Politik dalam Ekosistem Media Sosial

Dinamika Emosi, Identiti dan Pembentukan Kumpulan

Etika Penglibatan Politik dalam Ruang Digital

Peranan Platform, Aktor Politik dan Masyarakat

Tadbir Urus Media Sosial: Cabaran dan Pendekatan

Ke Arah Wacana Politik Digital yang Lebih Matang

Senario dan Kajian Kes

Ringkasan

 

BAB 5 SIKAP PENGUNDI GENERASI MILLENNIALS DAN GENERASI Z DALAM POLITIK MEDIA SOSIAL

Pengenalan

Kerangka Konseptual Sikap Politik Generasi Muda

Profil Generasi Millennials dan Generasi Z

Dapatan Kajian: Sikap Politik dalam Media Sosial

Perbandingan Sikap Millennials dan Generasi Z

Implikasi kepada Strategi Politik dan Dasar

Senario dan Kajian Kes

Ringkasan

 

BAB 6 MODEL PENGLIBATAN POLITIK MEDIA SOSIAL DAN IMPLIKASINYA TERHADAP MASA DEPAN DEMOKRASI DIGITAL

Pengenalan

Evolusi Politik Media Sosial: Dari Alat kepada Ekosistem

Masa Depan Penglibatan Politik: Antara Teknologi dan Kemanusiaan

Cabaran Baharu: Kepercayaan, Keletihan dan Ketulenan

Model Penglibatan Pengguna Media Sosial terhadap Pemimpin Politik (SMUETPL)

Peranan Pengkaji, Pembuat Dasar dan Kepimpinan Politik

Menginstitusikan Penglibatan Politik yang Bermakna

Merangka Masa Depan – Kelestarian Politik Media Sosial

Ringkasan

 

BAB 7 KESIMPULAN DAN SUMBANGAN BUKU

Pengenalan 

Sintesis Utama Buku

Sumbangan Konseptual dan Intelektual

Implikasi kepada Amalan dan Dasar

Batasan Buku dan Arah Kajian Masa Hadapan

Penutup Akhir: Politik Media Sosial dan Tanggungjawab Manusia

Ringkasan

Rujukan

Indeks

Profil Penulis

Judul: Persepsi: Perang Politik Media Sosial
Penulis: Datuk Dr Noor Azizan Majid,Dr. Norman Sapar,Dr. Ab Razak Che Hussin

ISBN: 978-629-493-259-3
Harga: RM 40.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026