“Dengan penyelidikan yang teliti dan gaya penulisan yang mengasyikkan, Dweck membongkar bagaimana keyakinan kita terhadap kemampuan diri menjadi pengaruh yang luar biasa dalam perjalanan hidup kita.” —Bill Gates, GatesNotes
Selepas puluhan tahun mengkaji minda manusia, Dr. Carol S. Dweck, seorang ahli psikologi dari Universiti Stanford, telah menemui rahsia di sebalik kejayaan dan kegagalan. Rahsia itu terletak pada satu perkara yang mudah tetapi amat berpengaruh iaitu “bagaimana kita melihat potensi diri kita.”
Dalam dunia yang mana kejayaan dalam pendidikan, kerjaya, sukan, seni, dan hampir setiap lapangan hidup sering dianggap bergantung pada bakat semata-mata, Dweck menyingkap satu kebenaran yang berbeza. Mereka yang terperangkap dalam mindset statik (fixed mindset) melihat kebolehan mereka sebagai sesuatu yang tetap — dan terbatas. Sebaliknya, mereka yang memiliki mindset berdaya maju (growth mindset) percaya bahawa setiap kekuatan dan kebolehan mampu dikembangkan dan diasah, selagi ada usaha dan keazaman.
Dalam edisi ini, Dr. Carol berkongsi hasil kajiannya mengenai konsep yang telah mencipta revolusi pemikiran di seluruh dunia. Beliau mengingatkan tentang bahaya ‘mindset berdaya maju yang palsu’ dan membimbing pembaca mengenai mindset berdaya maju yang tulen dan berkesan.
Dengan panduan yang jelas dan inspiratif, Dr. Carol menunjukkan bagaimana mindset boleh membawa perubahan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada budaya organisasi dan komuniti. Dengan mindset yang betul, kita dapat memupuk potensi luar biasa dalam diri sendiri dan memberi inspirasi kepada mereka yang kita bimbing, ajar, dan sayangi, untuk mencapai puncak yang lebih tinggi dalam hidup.
KANDUNGAN
PENGENALAN
BAB SATU: MINDSET
Apa Maksud Semua Ini Kepada Anda? Dua Mindset
Pandangan Daripada Dua Mindset Berbeza
Apa Akan Berlaku?
BAB DUA: DI DALAM MINDSET
Adakah Kejayaan Hanya Mengenai Pembelajaran – Atau Membuktikan Anda Bijak?
Berkembang
Buktikan Anda Istimewa
Istimewa, Berkedudukan, Berkelayakan
Mindset Mengubah Makna Kegagalan
Mindset Dan Kemurungan
Mindset Mengubah Makna Usaha
Soalan Dan Jawapan
BAB TIGA: KEBENARAN MENGENAI KEMAMPUAN DAN PENCAPAIAN
Mindset Dan Pencapaian Di Sekolah
Rumusan
Adakah Kemampuan Artistik (Seni) Satu Anugerah?
Kesan Buruk Pujian Dan Pandangan Positif
Pandangan Negatif Dan Fungsinya
BAB EMPAT: SUKAN: MINDSET SANG JUARA
Idea Bakat Semula Jadi
“Karakter”
Apa Itu Kejayaan?
Apa Itu Kegagalan?
Mengendalikan Kejayaan
Apa Maknanya Menjadi Bintang?
Mendengar Mindset
BAB LIMA: PERNIAGAAN: MINDSET DAN KEPEMIMPINAN
Organisasi Yang Berkembang
Kajian Mindset Dan Keputusan Pengurusan
Kepemimpinan Dan Mindset Tetap
Pemimpin Dengan Mindset Statik Bekerja
Tindakan Pemimpin Dengan Mindset Berdaya Maju
Kajian Proses Berkumpulan
Fikir Secara Berkumpulan Lawan Kami Fikir
Generasi Yang Suka Dipuji Menguasai Tenaga Kerja
Dilahirkan Atau Dilatih Sebagai Perunding?
Latihan Korporat: Pengurus Dilahirkan Atau Dilatih?
Pemimpin Dilahirkan Atau Dilatih?
Mindset Berorganisasi
BAB ENAM: PERHUBUNGAN: MINDSET DALAM PERCINTAAN (ATAU TIDAK)
Hubungan Itu Berbeza
Mindset Dalam Soal Jatuh Cinta
Membaca Fikiran
Bersetuju Dengan Semua Perkara
Setiap Seorang Tidak Berguna
Kekurangan Akan Hilang
Bolehkah Perkahwinan Ini Diselamatkan?
Pasangan Sebagai Musuh
Persaingan: Siapa Paling Hebat?
Perkembangan Dalam Perhubungan
Persahabatan
Sifat Pemalu
Pembuli dan Mangsa: Dendam Terbalas
BAB TUJUH: IBU BAPA, GURU DAN JURULATIH: DARI MANA DATANGNYA MINDSET?
Ibu Bapa (Guru): Mesej Mengenai Kejayaan Dan Kegagalan
Menghantar Mesej Mengenai Proses Dan Pertumbuhan
Menenangkan Kanak-Kanak
Kritikan Membina: Lagi Mengenai Mesej Kegagalan
Kanak-Kanak Menyampaikan Mesej
Bukankah Disiplin Juga Mendidik?
Mindset Boleh Menjadi Soal Hidup Dan Mati
Mahukan Yang Terbaik Dengan Cara Paling Salah
Ideal
Guru (Dan Ibu Bapa): Apa Membuatkan Guru (Atau Ibu Bapa) Hebat?
Jurulatih: Menang Menerusi Mindset
Jurulatih Sepanjang Musim
Mindset Berdaya Maju Yang Palsu
Legasi Kita
BAB LAPAN: PERUBAHAN MINDSET
Jenis Perubahan
Mindset Pensyarah
Bengkel Kerja Mindset
Brainology
Lebih Lagi Mengenai Perubahan
Beri Ruang Kepada Diri Untuk Berkembang
Mereka Yang Enggan Berubah
Mengubah Mindset Anak
Mindset Dan Semangat
Mengekalkan Perubahan
Perjalanan Ke Mindset (Sebenar)
Belajar Dan Bantu Orang Lain Belajar
Jalan Di Hadapan
Penulis
Carol S. Dewck, Ph.D.