“Duit RM7000, sijil penyertaan, trofi, dan juga lawatan eksklusif ke pelantar minyak!”
Siapa sangka, minat Riesna dalam dunia kejuruteraan pelantar minyak semakin melonjak apabila dia benar-benar ditawarkan bagi melawat pelantar minyak pada cuti sekolah! Bagi melengkapkan keseronokan yang dirasai, Riena mengajak sahabat baiknya, Aida, Joane, dan Rashmi untuk turut serta bercuti di sana.
Tanpa diduga, satu letupan kecil menggegarkan pelantar minyak dan mengubah segalanya. Akibat kebocoran paip minyak tersebut, tompokan minyak semakin merebak luas di lautan.