Buku

Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Chris Gardner

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-098-5

Muka Surat: 384

Saiz:

Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

Kategori:

Sejak Chris Gardner melakukan transformasi daripada menjadi bapa tunggal yang hidup merempat di jalanan kepada jutawan, diabadikan dalam buku bestseller Nombor #1 New York Times yang berjudul The Pursuit of Happyness yang kemudiannya difilemkan dengan menggunakan judul yang sama, beliau dibanjiri dengan dua soalan. “Bagaimana kamu melakukannya?” dan “Bagaimana saya boleh melakukannya juga?”. Start Where You Are adalah jawapan Chris Gardner kepada dua soalan di atas. Dengan memfokuskan kepada isu sebenar yang memberi kesan kepada individu daripada pelbagai latar belakang, beliau sudah menyediakan peta menuju kejayaan. Sekiranya kamu hilang tempat bergantung, sedang berhadapan dengan kehilangan tempat tinggal, hilang sumber pendapatan, menghadapi krisis kesihatan, krisis kewangan, ataupun hilang motivasi bagi memburu cita-cita, kesemua 44 pengajaran hidup yang jelas, meyakinkan dan dapat diakses sememangnya berharga. Dalam buku Start Where You Are, Chris Gardner menunjukkan kepada kita bagaimana menggunakan sumber yang tidak terbatas yang wujud dalam diri kita supaya bergerak ke satu arah, iaitu melangkah ke hadapan.

Bahagian Satu: Bermula di Mana Kamu Berada

Pengenalan Pengajaran 1-10:Pengajaran Sejagat bagi Memburu Impian

Pengajaran #1: Tanpa Perancangan, Impian Hanya Tinggal ImpianSemata-Semata (Kompleks K5)

Pengajaran #2: Kita Semua Ada Kuasa Memilih

Pengajaran #3: Tiada Pembantu yang akan Datang

Pengajaran #4: Mulakan dengan Apa yang Kamu Miliki Sekarang

Pengajaran #5: Sedikit Demi Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

Pengajaran #6 : Berhenti Menggali Ubi Sendiri

Pengajaran #7 : Apakah yang akan Dilakukan oleh Juara (Champ)?

Pengajaran #8: Katakan “Damai Janganlah Berlalu”

Pengajaran #9: Lewis dan Clark Pun Ada Peta

Pengajaran #10: Cari ‘Butang’ Kamu

Bahagian Dua: Masa Silam yang Gemilang danPenuh Duri

Pengenalan Pengajaran 11 - 19:Pengajaran Peribadi yang Dikutip Daripada Masa Silam

Pengajaran #11: Siapakah yang Takut dengan Semalamyang Pahit?

Pengajaran #12: Hargai Setiap Pengalaman

Pengajaran #13: Lukiskan Garis Kehidupan Kamu

Pengajaran #14: Milik Siapakah Kamu?

Pengajaran #15: Semak Semula Genesis Kamu

Pengajaran #16: Siapakah yang Tinggal di KawasanKejiranan Kamu?

Pengajaran #17: Basikal Merah ataupun Basikal Kuning?

Pengajaran #18: Kadangkala Kamu Terpaksa MengorbankanHari Perayaan Terpenting Dalam Hidup Kamu

Pengajaran #19: Tiada Ujian Tiada Testimoni

Bahagian Tiga: Kerja Keras

Pengenalan Pengajaran 20-29:Pelajaran Bisnes bagi Kejayaan

Pengajaran #20: Hukum Bekerja Keras Bukan Rahsia Lagi

Pengajaran #21: Kekuatan Teras Terbina Ketika Kita Bekerja Keras

Pengajaran #22: Ahli Silap Mata Bermula Sebagai Tukang Besi

Pengajaran #23: Adakah Kita Bersedia Pulang ke Gagang?

Pengajaran #24: Penawaran dan Permintaan BukanlahSubjek yang Sukar Difahami

Pengajaran #25: Kebenaran itu Meraih Populariti

Pengajaran #26: Belajar Menyimpul Tali Dahulu kemudian Takluklah Rom

Pengajaran #27: Siapa yang Memegang Kuasa danBerpengaruh dalam Lingkungan Kita?

Pengajaran #28: Menggunakan Tenaga yang Sama buatMenangkap Gajah Ataupun Tikus

Pengajaran #29: Kongsi Kekayaan 

Bahagian Empat: Zon Pengkuasaan(Empowerment) Kamu

Pengenalan Pengajaran 30-37:Pengajaran bagi Menguasai Kehidupan

Pengajaran #30: Menggapai Bintang yang Paling Tinggi

Pengajaran #31: Membaca Petanda dan Bayanganyang Mendatang

Pengajaran #32: Peluang, Sama Seperti Pisang GorengLebih Baik Diraih Ketika Masih Panas,tetapi Kadang-kadang Kamu Perlu Hidangkannya Dahulu Sebelum Makan

Pengajaran #33: Bukakan Minda Kamu Tetapi JanganTerburu-buru dalam Membuat Keputusan

Pengajaran #34: Lebih Banyak Wang, Lebih BanyakPilihan, Lebih Banyak Masalah

Pengajaran #35: Wang adalah Komponen yang Paling Tidak Signifikan dalam Erti Kejayaan

Pengajaran #36: Kapitalisme di Bawah Sedar Perkara Pertamayang Menjadi Global dan Personal

Pengajaran #37: Jadikan Impian Kamu Lebih Besar DaripadaDiri Kamu Sendiri

Bahagian Lima: Genetik Spiritual 279Pengenalan Pengajaran 20-29:Pengajaran Spiritual bagi Menghubungkan Kamu kepadaKuasa yang Tertinggi

Pengajaran #38: Mempraktikkan Genetik SpiritualTerbaik Kamu

Pengajaran #39: Memecah Tradisi Generasi

Pengajaran #40: Takdir Kamu

Pengajaran #41: Tuhan Ada di Mana-Mana

Pengajaran #42: Menyerahkan Tanggungjawab Pada Orang Lain

Bahagian Enam: Hari-Hari Biasa

Pengenalan Pengajaran 20-29:Pengajaran Asas Mengenai Kebahagiaan

Pengajaran #43: Jangan Tangguhkan Kebahagiaan

Pengajaran #44: Impian Kamu Hak Kamu

Epilog - Bagi Disematkan ke Dalam Hati, Ambil dan Hadamkannya 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024