Buku

Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 (Edisi 2026)

oleh HAMKA

RM 40.00 / RM 43.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-242-5

Kod Bar: 9786294932425

Muka Surat: 592

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 20 Aug 2026

BISAC: RELIGION / Islam / Koran & Sacred Writings (REL041000)

Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai asal usul kewujudan Tafsir Al-Azhar yang menjadi karya teragung beliau. Selain itu, ia adalah tafsir Al-Quran berkaitan surah Al-fatihah dan Juzuk 1 iaitu sebahagian daripada surah Al-Baqarah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.

Kata Pengantar 
Muqaddimah 
Al-Quran
I'jaz Al-Quran 
Isi Mukjizat Al-Quran 
Al-Quran Lafaz dan Makna 
Mentafsirkan Al-Quran 
Haluan Tafsir 
Mengapa Dinamakan Tafsir Al-Azhar 
Hikmah Ilahi 

  • Sungguh Allah Maha Kuasa!.
  • Aneh, tetapi benar!

Surah Al-Fatihah

  • Apa sebab?
  • Sekarang tentang erti ibadah
  • Al-Fatihah Sebagai Rukun Solat
  • Di Antara Jahar dan Sirr
  • Dari Hal Amin
  • Al-Fatihah dengan Bahasa Arab
  • Kesimpulan
     

Surah Al-Baqarah 

  • Pendahuluan
  • Takwa dan Iman
  • Kufur
  • Apa erti kafir?
  • Apa sebab orang menjadi kafir?
  • Nifak (I)
  • Nifak (II)
  • Malaikat dan Khalifah
  • Tentang Khalifah
  • Dakwah kepada Bani Israel
  • Menyembelih Lembu Betina
  • Sopan Santun kepada Rasulullah s.a.w
  • Perjuangan Nabi Ibrahim
  • Menjadi Imam Sesudah Lulus Ujian

Bibliografi 
Nota Penerbit
Nota Hujung 
 



 

Judul: Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 (Edisi 2026)
Penulis: HAMKA

ISBN: 978-629-493-242-5
Harga: RM 40.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026