Hubungan yang paling berpengaruh adalah hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Namun, bagi kebanyakkan keluarga, hubungan ini berkemungkinan mengalami masalah dan mungkin sukar untuk dipulihkan ke keadaan yang sepatutnya. Buku ini menawarkan cara buat ibu bapa untuk menjalinkan hubungan baik dengan anak-anak, apa yang menghalang hubungan yang baik dan apa yang boleh memperbaiki hubungan tersebut.
Philippa Perry, seorang ahli psikoterapi terkenal berkongsi cara membina ikatan yang kuat dan penuh kasih dengan anak-anak. Beliau juga memberikan panduan mengenai bagaimana hubungan yang baik dapat meningkatkan peluang untuk memiliki kesihatan mental yang sihat, baik semasa kanak-kanak mahupun dewasa.
Antara yang menarik di dalam:
- Memahami bagaimana latar belakang cara anda dibesarkan mungkin memberi kesan kepada gaya keibubapaan anda
- Menangani, mengekspresikan, menerima dan mengesahkan perasaan anda dan anak anda
- Memahami semua tingkah laku adalah komunikasi
- Memecahkan kitaran dan pola negatif
- Menerima kenyataan mengenai anda akan membuat kesilapan dan apa yang perlu dilakukan bagi memperbaikinya
Dengan mengikuti nasihat dan langkah yang menyegarkan, bijaksana dan rasional dalam buku ini, anda akan mendapati hubungan kasih sayang yang luar biasa antara anda dan anak anda.
Kata Pengantar
Pengenalan
BAHAGIAN 1
Legasi Keibubapaan Anda
Masa lalu akan kembali menghantui kita (dan anak-anak kita)
Kerosakan dan pembaikan
Memperbaiki masa lalu
Cara kita bercakap dengan diri sendiri
Ibu bapa dari syurga/ibu bapa dari neraka: kelemahan dalam menilai dan menghakimi
BAHAGIAN 2
Persekitaran Anak Anda
Bukan Struktur Keluarga yang Penting, Tetapi Cara Kita Berhubungan Sesama Sendiri
Apabila Ibu Bapa Tidak Lagi Bersama
Cara Menahan Kesakitan yang Ada
Apabila Ibu Bapa Bersama
Cara Bertengkar dan Cara untuk Tidak Bertengkar
Memupuk Suasana Muhibah
BAHAGIAN 3
Perasaan
Belajar Cara Mengawal Perasaan
Pentingnya Meraikan Perasaan
Bahaya Tidak Menerima Perasaan: Kajian Kes
Kerosakan, Perihal Memperbaiki dan Perasaan
Perasaan Perlu Diselami, Bukan Ditangani
Raksasa di bawah Katil
Kepentingan Menerima Setiap Emosi
Permintaan untuk Bahagia
Mengalih Perhatian daripada Perasaan
BAHAGIAN 4
Membina Asas
Kehamilan
Petua Warisan
Apakah Jenis Keibubapaan Anda?
Bayi dan Anda
Rancang Kelahiran Anak Anda
Menjelaskan Pengalaman Bersalin
Pencarian Payudara Ibu (The breast crawl)
Pertalian awal
Sokongan: Kita Perlu Dibesarkan oleh Ibu Bapa supaya Boleh Menjadi Ibu Bapa
Teori Pertautan
Tangisan Memaksa
Hormon yang Berbeza, Diri yang Berbeza
Kesunyian
Kemurungan Selepas Bersalin
BAHAGIAN 5
Keadaan untuk Kesihatan Mental yang Baik
Ikatan
Tolak Ansur dan Komunikasi Dua Hala
Bagaimana Dialog Bermula?
Bergilir-gilir
Berdialog adalah Perkara Sukar: Diaphobia (fobia untuk berdialog)
Kepentingan Pemerhatian Bersama Keterlibatan
Apakah yang Berlaku Jika Anda Ketagih Telefon?
Kita Dilahirkan dengan Kebolehan Semula Jadi untuk Berdialog
Bayi dan Kanak-kanak Juga Manusia
Bagaimana Kita Melatih Anak Menjadi Individu yang Menjengkelkan? Cara untuk Menghentikan Kitaran Itu
Kenapa Kanak-kanak Suka ‘Berkepit?’
Mencari Makna dalam Penjagaan Kanak-kanak
Emosi Kebiasaan Anak Anda
Tidur
Apa itu Mendorong Tidur?
Membantu, Bukan Menyelamatkan
Bermain
BAHAGIAN 6
Tingkah Laku: Semua Tingkah Laku adalah Komunikasi
Suri Teladan
Permainan Kalah dan Menang
Kualiti yang Kita Perlukan untuk Bertingkah Laku Baik
Membantu Tingkah Laku dengan Meluahkan Perasaan
Saat Penjelasan Tidak Membantu
Sejauh Mana Ibu Bapa Perlu Bertegas?
Lebih Lanjut mengenai Tantrum
Sungutan
Penipuan Ibu Bapa
Penipuan Kanak-kanak
Sempadan: Jelaskan Diri Sendiri, Bukan Diri Anak Anda
Meletakkan Sempadan dengan Anak yang Lebih Tua dan Remaja
Remaja, Pemuda dan Pemudi
Akhir sekali: Apabila Kita Semua Sudah Dewasa
Epilog
Respons Saya kepada Maklum Balas Mengenai Buku Ini
Penghargaan