Buku

Urana Exham

oleh Kusyi Hirdan

RM 17.00 / RM 20.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: ISBN 978-983-192-249-1

Muka Surat: 240

Saiz:

Tarikh Terbit: 18 Mar 2008

Tahun 4050. Dunia Oshab bergolak. Tiga bangsa majoriti berebut kuasa. Bangsa-bangsa minoriti menjadi mangsa. Pemimpin yang didorong dendam dan tamak haloba, dengan bala tentera separuh robot separuh manusia, bersengketa sesama mereka.

Exham, cucu pemimpin bangsa majoriti Super, dan Suryan M, abang pemimpin bangsa majoriti Madawi, berpaling tadah dan bersatu. Mereka membentuk persatuan pemberontak Medex, kumpulan yang beroperasi secara haram demi menghapuskan kezaliman di Dunia Oshab.

Urana, gadis dari kaum minoriti Songkok, menyertai Medex. Di situ Urana bertemu Exham. Pertemuan itu sungguh bererti, namun pertemuan itu jugalah yang mencetus tragedi….

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024