Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu)
oleh John Gray


Versi Cetak

RM35.00

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 38.00
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"

ISBN-13: 978-967-369-078-7

Tarikh Terbit: 31 Jan 2011

Jumlah Muka Surat: 369


Versi eBook

Belum Terbit


Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

Penghargaan Pendahuluan Bab 1__Lelaki berasal dari planet Mars, Wanita dari planet Venus Bab 2__Mr. Fix-It dan Jawatankuasa Home-Improvement Bab 3__Lelaki pergi ke gua mereka, manakala wanita sibuk bercerita Bab 4__Bagaimana Memotivasikan Pasangan Kita Bab 5__Bertutur Bahasa yang Berlainan Bab 6__Lelaki Umpama Gelung Getah Bab 7__Wanita Adalah Ibarat Ombak Bab 8__Memahami Perbezaan Keperluan Emosi Lelaki dan Wanita Bab 9__Bagaimana Mengelakkan Pertengkaran Bab 10__Mengambil Hati Pasangan Kita Bab 11__Bagaimana Mengkomunikasikan Perasaan Negatif Bab 12__Bagaimana Mahu Meminta dan Mendapatkan Sokongan Bab 13__Mengekalkan Keajaiban Cinta Dalam Hubungan Kita

Buku Berkaitan


Berita

Wanita ini Bangunkan Universiti Tertua di Dunia! Bukan Universiti Oxford atau Cambridge
ditulis oleh Abdullah

Siapa sangka, orang yang terawal membina sistem pendidikan yang baik dengan mendirikan sebuah... Selanjutnya»

Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Harmoni? Ini Petuanya
ditulis oleh Syazana Syamsul

Lelaki diibaratkan berasal daripada Marikh (Mars) dan wanita diibaratkan berasal daripada Zuhrah... Selanjutnya»

Cara Mengelak Pertengkaran Dalam Rumahtangga
ditulis oleh Huzaifah Abd Jamil

“Abang, saya tidak tahan bekerja di situ. Kondisinya kurang memuaskan.” “Biasalah. Abang dahulu... Selanjutnya»


Errata