Penulis

Maulana_Asri

Maulana Muhammad Asri bin Yusof

Maulana Muhammad Asri bin Yusoff dilahirkan pada tahun 1958 di Bukit Abal Pasir Puteh Kelantan. Beliau menetap di Kubang Kerian, Kelantan. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3, kemudian beliau ke India untuk menghafal al-Quran di Darul Ulum Deoband.

Selepas itu beliau menyambung pengajian di Madrasah al-Diniah al-Bakriah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pasir Tumboh, Kelantan.
Selepas beberapa tahun, beliau kemudiannya mengembara ke beberapa buah negara untuk menuntut ilmu. Beliau ke Nadwatul Ulama, Lucknow, India dan Jamiah al-Ulum al-Islamiah Karachi, Pakistan.

Beliau adalah pengasas Darul Kautsar (Pusat Tahfiz al-Quran, Bahasa Arab dan Ilmu-ilmu Islam, Kelantan).

Beliau adalah salah seorang ilmuan hadith di Malaysia yang menjadi pakar rujuk dalam segala perkara yang berkaitan dengan ilmu hadith. Beliau juga adalah salah seorang penulis prolifik yang banyak menghasilkan karya-karya agama dalam bidang hadith dan akidah.

Antara karya beliau:

1 Bahaya Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara – Terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
2 Syiah Rafidhah, Di Antara Kecuaian Ulama’ dan Kebingungan Ummah
3 Kamus Tematik al-Kautsar (Melayu-Arab-Urdu
4 Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya
5 Anak Cucu Nabi SAW Yang Dilupakan
6 Kamus Hindi (Sanskrit)- Melayu
7 Pedoman Homeopati
8 Fiqh Sayyidina Umar r.a
9 Syarah shahih bukhari jilid 1
10 99 usul dirayah hadits

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024