30 Strategi Membina Pengaruh

oleh Zamri Mohamad, Haeqal Zulqarnain

Harga: RM 13.90 / RM 15.90
ISBN-13: 978-983-3603-59-6
ISBN-10: 983-3603-59-9
Tarikh Terbit: 12 Oct 2009
Jumlah Muka Surat : 200

Kategori: Bantu Diri, Imej, Bisnes & Pengurusan, Kepimpinan, Bukan Fiksyen, Bukan Fiksyen Umum

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata   

Bahagian 1: Pengaruh yang Kabur Diperjelas

Hari 1: Segelas Air Suam, Secawan Teh Pengaruh   
Hari 2: Berpengaruh dari Atas ke Bawah Cara Xenophon   
Hari 3: Bina Kejayaan Kecil Apabila Membina Pengaruh   
Hari 4:Dua Muaz Satu Pengaruh, Satu Kepercayaan   
Hari 5:Genius Muhammad bin Abdullah Mempengaruhi Hati   
Hari 6:Harun bin Puteh, Wakil Rakyat Tanpa Jawatan   
Hari 7:Hilang Pengaruh dalam Tempoh 10 Hari

Bahagian 2: Sedikit Demi Sedikit, Lama-lama Pengaruh Membukit   
Hari 8:Hobi Informasi Awal Bina Pengaruh   
Hari 9:Hormat Berganda, Pengaruh Diterima   
Hari 10:Ibrahim bin Aazar Mencipta Pengaruh Visual   
Hari 11:Kuasa Pengaruh Datang daripada Bicara yang Lembut   
Hari 12:Lakukannya dengan Begitu Halus   
Hari 13:Lapan Guruh Kecil, Satu Halilintar di Langit   
Hari 14:Membina Pakatan Menang-menang

Bahagian 3: Tingkah Memikat Tingkah Berpengaruh   
Hari 15:Membina Pengaruh dari dalam Diri   
Hari 16:Mengalihkan Kuasa Pengaruh Cara Malcolm X   
Hari 17:Menjadi Sahabat yang Berpengaruh   
Hari 18:Orang Tua Kampung, Descartes dan Pengaruh Umur   
Hari 19:Pendorong, Kekuatan Rahsia yang Berpengaruh   
Hari 20:Pengaruh Psikologi di Sebalik Salam   
Hari 21:Pengurus Lama Berpengaruh, Pengurus Muda Terbunuh

Bahagian 4: Meneropong Magnet Pengaruh   
Hari 22:Petua David J. Lieberman Kekal Berpengaruh   
Hari 23:Pujian Mengiktiraf dan Membina Pengaruh Bersama   
Hari 24:Saya Faham, Saya Terima, Saya Tahu Bagaimana   
Hari 25:Seni Meminjam Pengaruh Orang Lain   
Hari 26:Stephen Glass,Kaca Pengaruh yang Pecah Berderai   
Hari 27:Tertarik dan Cenderung Kerana Homofili   
Hari 28:Usah Ditangguh Ganjaran yang Selayaknya   
Hari 29:Kekal Berpengaruh dengan Mengakui Kesilapan   
Hari 30:Pengaruh Itu Perkara Baik ataupun Sebaliknya   

Penutup   

Biodata Penulis

Sinopsis

Tentu anda ingin tahu:

  • Bagaimana mendaki tangga pengaruh hingga ke puncaknya.
  • Bagaimana tokoh-tokoh agung sepanjang zaman bermula sebagai orang biasa, namun akhirnya berjaya muncul sebagai individu berpengaruh.
  • Pelbagai perspektif berkaitan pengaruh dan strategi mengembangkan pengaruh kepada orang yang lebih berpengaruh daripada kita.
  • Kisah-kisah masyhur yang menyuntik semangat kita untuk muncul berpengaruh dan memanfaatkan pengaruh ke arah suasana sekeliling yang positif.

30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka.

Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh dibina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.

Info Penulis

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

"Apabila kita menulis, berani berangan-angan dan penuhi impian itu. Mulakan dengan apa di tangan."

Zamri Mohamad adalah pengasas web kursuspenulisan.com, beliau melatih para penulis baru bagi keperluan akhbar, majalah dan buku. Beliau sendiri telah menulis lebih 20 buah buku dan bertambah setiap tahun. Kaedah yang digunakan diajarkan kepada orang lain berdasarkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran.
Melalui kursuspenulisan.com, beliau telah melatih dan membangunkan komuniti penulis berbahasa Melayu di Australia, Singapura dan Malaysia.
Top finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian ini pernah muncul di media nasional. 
Antaranya RTM, TV3, Astro Awani, Al Hijrah, TV9, Astro Ceria, Astro Awani, BERNAMA, Kosmo, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan Malay Mail.
Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, I dan Mutiara Minda.
Beliau mengasaskan kursuspenulisan.com sebagai kelas hujung minggu yang aktif untuk kumpulan kecil selain daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan.

Haeqal Zulqarnain dilahirkan pada 14 Januari 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah seorang pelajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Antara bahan bacaan yang memberi kesan kepada beliau adalah buku-buku tulisan John C. Maxwell, Dale Carnegie, dan Robert B. Cialdini.

Beliau kini sedang membuat kajian mengenai teori serta teknik kepimpinan dan pengaruh berdasarkan tokoh-tokoh dalam sejarah Islam. Hasil kajian ini sudah dan akan dimuatkan dalam buku-buku tulisan beliau.

Buku lain oleh penulis ini

  • 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
    RM 21.50 / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-31-2
    ISBN-10: 9833603319
    Tarikh Terbit: 24 Mar 2006
  • Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas (Muka depan baru)
    RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-31-0
    Tarikh Terbit: 26 Jun 2006
  • Magnet Cinta
    RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-84-5
    ISBN-10: 983-3604-84-6
    Tarikh Terbit: 08 Feb 2007
  • Rahsia Bisnes Mamak
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-75-2
    Tarikh Terbit: 01 Apr 2008
  • Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart
    RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-66-4
    ISBN-10: 983-3603-66-1
    Tarikh Terbit: 18 Jul 2008
  • Memahami Bahasa Cinta Lelaki
    RM 18.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-33-6
    ISBN-10: 9833603335
    Tarikh Terbit: 29 Aug 2008
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
    RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-18-3
    ISBN-10: 983-3603-18-1
    Tarikh Terbit: 07 Nov 2008
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller (Muka depan baru)
    RM 28 / RM 31 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-11-3
    Tarikh Terbit: 01 Feb 2009
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-30-2
    ISBN-10: 983-3604-30-7
    Tarikh Terbit: 16 Feb 2009
  • Geng Genius - Misteri Luqman
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-28-1
    Tarikh Terbit: 03 Apr 2009
  • 30 Strategi Membina Pengaruh
    RM 13.90 / RM 15.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-59-6
    ISBN-10: 983-3603-59-9
    Tarikh Terbit: 12 Oct 2009
  • Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas
    RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-36-2
    Tarikh Terbit: 13 Jan 2011

Temubual bersama penulis