
Penilaian pembaca (Keputusan daripada 37 orang pembaca):




Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5137-64-8
Tarikh Terbit: 18 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 386
Kategori: Islam, Novel Dewasa, Novel Islami
"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"
"Padat tetapi menarik. Emosi tetapi berintikan dalil. Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air."
-Zaid Akhtar, Novelis Salju Sakinah-
“Membaca kisah Syahadah Gadis Aties membuatkan anda tidak berhenti berfikir. Perbincangan yang berlaku antara Rini dan Nizam membawa pembaca ke dalam pengembaraan minda yang mempesonakan. Rini, seorang gadis yang tersesat jalan dan terpenjara dalam tembok persoalan. Nizam, pemuda yang membawa jawapan dan bukti-bukti kewujudan Tuhan. Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik.”
- A.Ubaidillah Alias, Novelis Warkah Cinta Berbau Syurga-
“Bukan novel biasa, bukan buku soal jawab agama tipikal. Syahadah Gadis Aties adalah manual bahasa mudah seorang Muslim yang diekstrak dari manual agung, al-Quran. Buku pemantapan akidah yang dipermudahkan cara penyampaian ini adalah bacaan wajib bagi setiap Muslim tanpa mengira umur, kedudukan, pangkat dan tingkatan ilmu.”
-Nur Zarawati binti Mohd Zain, Pengarah Urusan Zaratech Enterprise-
“Gaya penulisan yang santai dan diterapkan penuh dengan ilmu ketuhanan dan maklumat sains. Sesuai untuk golongan remaja dan peringkat pertengahan. Saya teruja apabila membaca salah satu bab dalam novel ini, kita sebenarnya sedang bergerak selaju 30 km sesaat walaupun pada ketika itu kita sedang duduk sambil membaca novel. Buku ini sesuai dijadikan bahan untuk menangkis perang saraf ke atas akidah umat Islam masa kini.”
-Hardy Nobat Jafar@Abu Bakar, Pentadbir IT & pengendali blog www.hardyw3b.wordpress.com
“Nah! Sudah tiba sebuah naskhah yang pasti mengkhayalkan akal dalam sedar dan emosi iman dalam pembangunan sebuah jiwa! Naskhah ini cantik kerana setiap analogi mudah itu pasti bertemankan dalil-dalil dan nas-nas yang mengajak kita berfikir dan menjadikan kita berilmu. Ia tidak seperti kebanyakan novel-novel khayal biasa yang dilambakkan di pasaran, ia adalah naskhah ilmu dari rahmat Allah.”
-Ira Irwarddy bin Ismail, Marine Operation Drafter Syarikat Multinasional





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Kejahilan selalu menjadi alasan utama kenapa tidak mentaati Allah dan mengikut jalan yang benar. Bahkan lebih teruk lagi tidak percaya dan menyakini tentang kewujudan dan kekuasaan Allah. Ini terjadi kerana tiada minat untuk mendalami persoalan berkaitan aqidah dan ibadat dalam Islam. Islam hanya atas nama tanpa pengisian dalam jiwa dan rohani. Ini yang berlaku kepada seorang gadis bernama Rini dalam novel Syahadah Gadis Ateis.
Rini hampir terjebak dalam isu murtad. Aqidahnya hampir terpesong kerana jiwa yang kontang tanpa dibasahi dengan siraman wangian aqidah Islam yang mantap. Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang pemuda bernama Nizam di dalam keretapi yang mengubah sama sekali perspektif Rini mengenai agama Islam. Hakikatnya pemuda bernama Nizam dalam novel ini dikurniakan dengan pengetahuan, kefahaman dan ilham untuk berhujah mengenai isu ketuhanan sehingga menimbulkan kefahaman dan keinsafan dalam diri Rini untuk kembali ke pangkal jalan.
Novel ini bukan hanya berkaitan perbincangan dan penjelasan mengenai tauhid dan aqidah bahkan mencakupi ibadah dalam Islam. Novel ini sarat dengan pelbagai bukti untuk menunjukkan kebenaran agama Islam berbanding agama lain. Banyak persoalan dan perbahasan yang berkisar mengenai aqidah sehinggalah kepada ibadah terjawab bukan sahaja bersandarkan kepada Al-Quran bahkan menggunakan hukum logik serta bukti sains.
Novel ini benar-benar memberi manfaat kepada pembaca kerana banyak persoalan berkaitan ketuhanan dijawab menggunakan dalil-dalil yang mudah difahami, indah dan berkesan. Novel ini benar-benar menguja pembaca supaya berfikir serta mendalami ilmu tauhid dan aqidah supaya tidak terpesong daripada jalan yang benar.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Syahadah Gadis Ateis – Imran Haaz
Sebuah novel yang berbentuk soal jawab berkaitan dengan pengetahuan atau pegangan agama dan aqidah. Cara penyampaian dan penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami. Perbincangan dan perbahasan yang berlandaskan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith serta menggunakan analogi akal dan sains. Petikan-petikan untuk perbandingan juga diambil dari Kitab Injil serta Kitab Taurat.
Mengesahkan tentang seorang lelaki bernama Nizam dan seorang gadis bernama Rini yang bertemu di dalam sebuah kereta api menuju ke utara (Pulau Pinang). Cerita ini berkisar di dalam kereta api yang dinaiki oleh mereka semalaman.
Nizam adalah merupakan seorang pelajar di sebuah universiti yang terletak di Shah Alam yang dalam perjalanan untuk pulang bercuti ke kampungnya di Bukit Mertajam. Manakala Rini pula merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur yang menuju ke Butterworth untuk bertemu dengan seorang paderi bernama Josiah.
Di dalam perjalanan, Rini duduk di kerusi yang berhampiran dengan Nizam. Rini seorang gadis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, kerana dia merasakan bahawa segala permintaannya tidak pernah dimakbulkan. Manakala Nizam pula seorang pemuda yang berketerampilan sebagai mat rock yang telah dikurniakan Ilahi akan kefahaman tentang agama dan cara untuk berhujah berkenaan kepercayaan kepada Tuhan.
Perbahasaan mereka bermula apabila Rini bertanya kepada Nizam adakah dia percaya kepada Tuhan. Pada mulanya Rini bertanya hanya sekadar hendak merendah-rendahkan Nizam apabila di melihat keterampilan Nizam seperti seorang kutu lepak yang selekeh. Tetapi dengan pertolongan Allah yang dengan kedatangan seorang penjual buah, telah memberikan ilham kepada Nizam untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang telah diutarakan oleh Rini sehingga Rini mengaguminya.
Syahadah Gadis Ateis merupakan sebuah novel yang menarik dengan pendekatan dan penyampaian yang mempunyai kelainan berbanding dengan novel-novel yang terdapat di pasaran negara kita di kala ini. Semoga lebih banyak lagi novel-novel yang sebegini dapat dilahirkan oleh penulis-penulis di tanah air kita ini. Sebuah novel yang perlu dimiliki oleh pencinta-pencinta novel Islamik.
Jalan ceritanya terlalu biasa dan tiada penyudah yang hebat. Kelemahan penulis antaranya ketika perkenalan di antara dua watak utama, di mana tiada dinyatakan bahawa Nizam ada memperkenalkan namanya kepada Rini. Sedangkan pada muka surat 23 ada dinyatakan Rini memanggil Nizam dengan nama Nizam. Dari manakah Rini mengetahui nama Nizam? Sepatutnya penulis menyatakan terlebih dahulu perkenalan watak pada ketika atau selepas Rini memperkenalkan dirinya di muka surat 6.





Ulasan isi kandungan/jalan cerita
5bintang
Ulasan kaver buku
4bintang
Ulasan bahasa
4bintang