Bagaimanakah individu yang kelihatan biasa-biasa mampu mencapai kejayaan luar biasa?
Dan bagaimana pula mereka yang telah berada di puncak kejayaan terus kekal relevan dalam dunia baharu yang penuh cabaran?
Upgrade Diri membongkar kisah benar 12 individu luar biasa, semuanya kenalan peribadi Dr. Praba yang pernah mengikuti kursus kendalian beliau. Mereka bukan sekadar bercakap tentang perubahan, tetapi bertindak. Ada yang bermula dari bawah, belajar sambil bekerja, membina kemahiran baharu, dan akhirnya diiktiraf sebagai pemimpin. Ada pula yang telah berjaya, namun tetap memperkasa diri untuk mencipta kejayaan dalam bidang baharu yang lebih mencabar.
Ditulis oleh pasangan suami isteri-Dr. Praba, pakar pembangunan modal insan bertaraf antarabangsa, dan Cikgu Sita, guru Bahasa Melayu berpengalaman lebih 34 tahun, buku ini menawarkan panduan praktikal berteraskan kearifan tempatan, diperkukuh dengan peribahasa Melayu yang kekal relevan dalam dunia moden.
Upgrade Diri merupakan seruan untuk bertindak bukan sekadar sumber inspirasi. la merupakan seruan untuk bertindak, kerana kejayaan sebenar bukan hanya mencapainya, tetapi juga mengekalkannya dengan nilai, etika, dan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
Dedikasi
Prakata
Bahagian 1: Kecemerlangan Peribadi
BAB 1
Anda Berhak Upgrade Diri: Mulakan Sekarang
BAB 2
Manfaatkan Masa dan Daya Fokus Anda
BAB 3
Ubah Satu Keputusan, Ubah Seluruh Hidup Anda
BAB 4
Teguhkan Diri, Tabah Menghadapi Segala Cabaran
Bahagian 2: Perhubungan Interpersonal
BAB 5
Asah Kemahiran Komunikasi untuk Kejayaan Kerjaya
BAB 6
Bina Jaringan dan Kukuhkan Perhubungan Profesional
BAB 7
Urus Emosi untuk Memimpin Diri dan Menjalin Perhubungan Harmoni
BAB 8
Amalkan Pendidikan Sepanjang Hayat untuk Memimpin Diri dan Pasukan
Bahagian 3: Kelestarian Prestasi Organisasi
BAB 9
Kejayaan Beretika Mencipta Kelestarian
BAB 10
Kaizen: Sedikit Tapi Konsisten
BAB 11
Inovasi: Kunci Kemajuan dan Kelestarian Organisasi
BAB 12
Amalkan Ilmu, Upgrade Prestasi Organisasi