Fatwa bukan sekadar jawapan hukum. la adalah amanah yang mewakili suara Syariat.
Dalam dunia moden yang penuh dengan persoalan baharu dan perubahan pantas, tanggungjawab seorang mufti menjadi lebih mencabar. Buku ini menyelongkar panduan dan disiplin tinggi dalam urusan fatwa berdasarkan karya agung Adab al-Fatwa wa al-Mufti wa al-Mustafti oleh Imam al-Nawawi, seorang tokoh besar mazhab al-Shafii yang dikenali kerana ketegasan, kewarakan dan keikhlasan dalam menegakkan kebenaran.
Buku ini memandu pembaca melalui empat komponen penting dalam kefatwaan: fatwa, mufti, mustafti (orang yang meminta fatwa) dan isu-isu berbangkit. Setiap bahagian menyentuh adab, kelayakan, serta sempadan ilmu dan akhlak yang mesti dijaga dalam menyampaikan hukum. la bukan hanya untuk mufti atau penuntut ilmu, bahkan penting untuk orang awam agar lebih memahami bagaimana dan kepada siapa persoalan agama perlu dirujuk.
Melalui terjemahan dan susunan semula yang menyeluruh serta kontemporari, buku ini membantu pembaca menghadam peranan besar institusi fatwa dalam menjaga kemurnian agama. Di akhir setiap perbincangan, pembaca akan merasai sendiri betapa beratnya tugas seorang mufti, bukan untuk mendominasi, tetapi untuk melindungi umat daripada tergelincir daripada kebenaran.
Imam Nawawi atau nama penuhnya Al-Imam Al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharaf al-Nawawi al-Shafi'i ialah ulama agung mazhab al-Shafti dari Nawa, Syria. Dilahirkan pada tahun 631H dan wafat pada 676H, beliau dikenali sebagai seorang tokoh zuhud yang hidup penuh dengan ilmu dan amal. Antara karya besar beliau termasuk Riyadh al-Salihin, Syarh Sahih Muslim, Al-Azkar, Al-Majmu' dan Hadis 40 al-Nawawi. Keberaniannya menolak pengaruh politik dalam pengeluaran fatwa menjadikan beliau lambang keadilan dan amanah ilmiah sepanjang zaman.
Peta Buku
Pengantar Penerbit
Pengantar Editor
Pengantar Penyusun
Pendahuluan
Biografi Imam Nawawi
BAHAGIAN 1: FATWA
Peta Minda
BAHAGIAN 2: MUFTI
Peta Minda
BAB 1: Kewajipan Seorang Mufti untuk Bersikap Warak dan Taat dalam Beragama
BAB 2: Syarat-Syarat Menjadi Seorang Mufti
BAB 3: Jenis-Jenis Mufti
BAB 4:Beberapa Permasalahan yang Berkait dengan Keahlian Mufti
BAB 5: Hukum-Hukum yang Berkait dengan Mufti
BAB 6: Adab-adab dalam Berfatwa
BAHAGIAN 3: MUSTAFTI
Peta Minda
BAB 7: Sifat Seorang Mustafti
BAB 8: Panduan bagi Mustafti Jika Dia Menerima Jawapan yang Berbeza daripada Dua Orang Mufti
BAB 9: Tanggungjawab Orang yang Meminta Fatwa Setelah Mufti Memberi Jawapan
BAB 10: Cara-cara Meminta Fatwa
BAB 11: Adab-Adab Ketika Berjumpa Mufti.
BAHAGIAN 4: ISU-ISU BERBANGKIT
Peta Minda
BAB 12: Siapakah yang Layak Memberi Fatwa?
BAB 13: Mufti yang Bagaimanakah Seorang Mustafti Perlu Rujuk?
BAB 14: Bolehkah Seorang Mustafti Memilih Mana-mana Mazhab Mengikut Citarasa?
BAB 15: Fatwa Sudah Dikeluarkan, Tetapi Isu yang Sama Berulang Lagi?
BAB 16: Siapakah yang Layak untuk Menulis Kertas Soalan?
BAB 17: Bagaimanakah Jika Tidak Ada Mufti yang Layak untuk Memberi Fatwa di Sesuatu Kawasan?
INDEKS