Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13: 978-967-5136-97-9
Tarikh Terbit: 25 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 128
Kategori: Novel Grafik, Aksi, Fantasi
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Komik ini setebal 128 muka surat
Aisyah diculik sekumpulan pengamal ajaran sesat bagi dijadikan korban kepada Pokok Jin. Tujuannya adalah bagi menyelamatkan Langkamaya daripada ditimpa bencana.
Walaupun begitu, tiada seorangpun penduduk Langkamaya yang berani menyelamatkan Aisyah daripada menjadi mangsa ajaran sesat itu. Mereka juga berada dalam keadaan takut dan tidak berdaya....
Namun, sampai bilakah pengamal-pengamal ajaran sesat itu akan terus bermaharajelela? Adakah Aisyah benar-benar dijadikan korban ajaran sesat?
Hafiz atau Fairul Hafiz berasal daripada keluarga seni yang meminati cabang lukisan. Ayahnya Rizalman pernah mencipta fenomena dengan ciptaan watak Bujal. Abangnya, Fazrul Arhan terkenal sebagai ilustrator kulit buku novel. Kini Hafiz bertugas sebagai artis grafik di Utusan Malaysia Sdn. Bhd.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet