Mudahnya Bisnes dengan Forum Online

oleh Azree Hanifiah, Zamri Mohamad

Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-369-083-1
Tarikh Terbit: 21 Mar 2011
Jumlah Muka Surat : 160

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Mengapa Rahsia Bisnes ini ditulis Bahagian 1: Meninjau Potensi Telaga Rezeki Bab 1: Forum Internet Menjadi Tapak Jualan Bisnes Bab 2: Tukarkan Rakan Menjadi Pelanggan Bahagian 2: Membuat Ukuran Risiko dan Peluang Bisnes Bab 3: Dibeli Murah Kemudian dijual Mahal Bab 4: Senarai Semak Peniaga Forum Super Bab 5: Meneropong Tempat Berkumpulnya Pelanggan Bab 6: Forum-Forum Popular di Malaysia Bahagian 3: Menebas Lalang Membina Tapak Jualan Bab 7: Kuasai yang Asas Bab 8: Mulakan Langkah Bisnes dengan ‘Otak Bisnes’ Bab 9: Membuka Tapak Jualan Bab 10: Gambar Memikat Hati Pelanggan Bab 11: Cari Kawan Kurangkan Musuh Bab 12: Video Sebagai Jurujual Kita Bab 13: Mempromosikan Laman Web di Setiap Jejak Bahagian 4: Menjadi Peniaga yang Diingati Pelanggan Bab 14: Tutur Kata Peniaga Baru Bab 15: Senda Gurau Bisnes di Dalam Forum Bab 16: Lebih Banyak Tip Lebih Banyak Pelanggan Bab 17: Tajuk Tip Menarik Perhatian Pelanggan Bab 18: Pembukaan Tip yang Mencetuskan Perasaan Ingin Tahu Bab 19: Memberi Contoh yang Sesuai Dalam Tip Bab 20: Banyakkan Memberi Pujian Bab 21: Kaji Selidik Pelanggan di Forum Bab 22: Membuat Pelanggan Jatuh Hati Bab 23: Sepuluh Amalan Ringgit dan Sen Peniaga di Forum internet Penutup Biodata

Sinopsis

Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet. Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari. Bagaimana? Dia mengikuti petua ini, "Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet." Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung? Hanya di satu tempat bernama Forum Online. Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang. Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada yang cuba merahsiakan. Peniaga kecil, pekerja yang berniaga sambilan, suri rumah dan pelajar memiliki buku ini dan mencipta telaga bisnes mereka sendiri. Mudahnya Bisnes dengan Forum Online memberikan petua; (1) Menukarkan rakan menjadi pelanggan di Forum Online. (2) Menjual produk dan perkhidmatan sendiri ataupun orang lain secara cepat, mudah dan praktikal. (3) Mempromosi dan menjual secara berpanjangan. Buku ini mendedahkan kaedah Show Don’t Tell yang digunakan berkali-kali oleh peniaga di Internet. Jadikan buku ini di sisi kita ketika menggunakan Internet. Buku ini menjadi penasihat kepada bisnes kita.

Info Penulis

Azree Hanifiah merupakan seorang pereka laman web korporat dan juga fotografer yang beroperasi di Kuala Lumpur. Telah melibatkan diri dalam bidang pemasaran internet sejak tahun 2006. Beliau sering mengadakan bengkel membina laman web bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Buku ini adalah buku yang pertama ditulis oleh beliau dalam bidang pemasaran internet yang menjurus kepada perkara teknikal dan juga pendekatan pemasaran secara halus. Beliau merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan pemasaran internet untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti. Sehingga hujung tahun 2010, setiap pelanggan beliau tidak kira untuk pembangunan laman web korporat atau juga fotografi, semuanya datang hasil daripada pemasaran internet. Perkara ini dapat dipastikan kerana beliau tidak pernah mempunyai kad bisnes untuk diberikan dan beliau hanya bergantung kepada portfolio yang diletakkan di internet sahaja. Ini membuktikan pemasaran internet boleh digunakan bukan sahaja untuk bisnes bersaiz kecil, malah juga yang bersaiz besar.

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

"Apabila kita menulis, berani berangan-angan dan penuhi impian itu. Mulakan dengan apa di tangan."

Zamri Mohamad adalah pengasas web kursuspenulisan.com, beliau melatih para penulis baru bagi keperluan akhbar, majalah dan buku. Beliau sendiri telah menulis lebih 20 buah buku dan bertambah setiap tahun. Kaedah yang digunakan diajarkan kepada orang lain berdasarkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran.
Melalui kursuspenulisan.com, beliau telah melatih dan membangunkan komuniti penulis berbahasa Melayu di Australia, Singapura dan Malaysia.
Top finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian ini pernah muncul di media nasional. 
Antaranya RTM, TV3, Astro Awani, Al Hijrah, TV9, Astro Ceria, Astro Awani, BERNAMA, Kosmo, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan Malay Mail.
Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, I dan Mutiara Minda.
Beliau mengasaskan kursuspenulisan.com sebagai kelas hujung minggu yang aktif untuk kumpulan kecil selain daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan.

Buku lain oleh penulis ini

  • Mudahnya Bisnes dengan Forum Online
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-083-1
    Tarikh Terbit: 21 Mar 2011
  • 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
    RM 21.50 / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-31-2
    ISBN-10: 9833603319
    Tarikh Terbit: 24 Mar 2006
  • Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas (Muka depan baru)
    RM 22.00 / RM 25.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3585-31-0
    Tarikh Terbit: 26 Jun 2006
  • Magnet Cinta
    RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-84-5
    ISBN-10: 983-3604-84-6
    Tarikh Terbit: 08 Feb 2007
  • Rahsia Bisnes Mamak
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3586-75-2
    Tarikh Terbit: 01 Apr 2008
  • Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart
    RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-66-4
    ISBN-10: 983-3603-66-1
    Tarikh Terbit: 18 Jul 2008
  • Memahami Bahasa Cinta Lelaki
    RM 18.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-33-6
    ISBN-10: 9833603335
    Tarikh Terbit: 29 Aug 2008
  • Mengurus Konflik Gaya Streetsmart
    RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-18-3
    ISBN-10: 983-3603-18-1
    Tarikh Terbit: 07 Nov 2008
  • Tip Menjadi Penulis Bestseller (Muka depan baru)
    RM 28 / RM 31 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-11-3
    Tarikh Terbit: 01 Feb 2009
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-30-2
    ISBN-10: 983-3604-30-7
    Tarikh Terbit: 16 Feb 2009
  • Geng Genius - Misteri Luqman
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-28-1
    Tarikh Terbit: 03 Apr 2009

Temubual bersama penulis