Artikel

Kempen Ramadan Unlearning & Relearning Being Better Together, Refleksi Diri Bersama PTS

oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 08 Mar 2024

Ramadan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia. Di dalam hiruk-pikuk dan kesibukkan menjalani kehidupan seharian, PTS Media Group Sdn. Bhd. mengajak para pencinta buku untuk bersama-sama memurnikan rohani dan refleksi diri dengan meningkatkan amal kebaikan dan ibadah serta sunah sepanjang bulan Ramadan.

Setelah sekian lama menunggu kehadiran bulan mulia ini, akhirnya PTS kembali dengan kempen buku istimewa dan khusus untuk meraikan bulan Ramadan. Kempen Ramadan ini mengajak para pembaca untuk bersama-sama menjadi mukmin yang berkualiti dan refkeksi diri melalui tema “Unlearning & Relearning Being Better Together”. Melalui temanya sahaja pasti pembaca dapat merasakan unsur kerohanian yang dilahirkan melalui buku-buku istimewa dan terpilih untuk kempen ini yang bakal memenuhi hari-hari pembaca dengan penuh manfaat dan keberkatan. Bukan itu sahaja, setiap pembelian minimum dua buah buku akan membawa pulang planner eksklusif Ramadan secara percuma. Tiada apa yang perlu ditangguhkan sebaik sahaja mengetahui tawaran menarik ini kerana stok planner eksklusif Ramadan adalah sangat terhad.

Apa yang lebih menarik lagi, PTS dan Putih Press akan bersama-sama pembaca dalam menelusuri rohani dan refleksi diri untuk menjadi insan yang beriman dan penuh ketaatan serta ummah yang berkualiti sepanjang membaca buku-buku terpilih bagi Kempen Ramadan: Unlearning & Relearning Being Better Together. Lima siri yang diperkenalkan semestinya dekat dengan jiwa dan hati pembaca serta memberikan ketenangan pada setiap halamannya.

Restarting Our Ibadah Blueprints menghimpunkan siri amalan sunnah dan doa yang diamalkan oleh baginda Rasulullah dan merefleksi diri pembaca dalam menekuni, memahami dan memperbaiki ibadah. Siri yang memuatkan 5 buah buku iaitu Panduan Puasa A-Z, Amalan & Doa 24 Jam Rasulullah, Amalan & Doa 24 Jam Rasulullah Edisi Muslimah, Mudahnya Fahami Bacaan Surah-surah dalam Solatmu dan Fahami Bacaan dalam Solatmu.

Refreshing on Al-Quran Knowledge pula membawa pembaca mempelajari ilmu kehidupan melalui Al-quran. Siri ini memperkenalkan 3 buah buku yang bermanfaat dalam menikmati konsep kehidupan manusia yang telah dinyatakan dan digariskan dalam Al-quran. Antaranya ialah Kompas Kepimpinan daripada Madrasah Al-Quran, Tips & Teknik Mendorong Anak Suka Mengaji, dan Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang.

Memperbaiki jati diri dengan membentuk semula tujuan dan matlamat kehidupan bersama siri dalam Reshaping Our Goals in Life yang memperkenalkan dua buah buku iaitu Anak Kunci Syurga yang membincangkan tentang akidah dan ilmu fekah dan You are Deserving yang bakal menginspirasikan pembaca untuk sentiasa berkeyakinan dan percaya diri bagi mencapai matlamat dalam kehidupan.

Dalam merefleksi diri dan meneguhkan keimanan, semestinya syurgalah yang menjadi impian dan tujuan yang terakhir dalam perjalanan kehidupan. Maka, Renewing the Soul’s True North membawa pembaca menelusuri jiwa dalam mencari tujuan hidup yang sebenar melalui Fastabiqu dan Agar Lelah Berbuah Jannah yang akan menjadi pilihan terbaik buat pembaca.

Tidak dilupakan juga, dalam kesibukan mengejar amal ibadah dan mempelajari Al-quran dan sunnah demi memperbaiki diri untuk menuju ke syurga Allah, membina semula prasangka baik dalam hati serta bermuhasabah diri juga merupakan kunci utama untuk menjadi seorang umat Islam yang berkualiti. Maka, Resetting the Heart’s Compass adalah pilihan yang tepat untuk pembaca dalam menekuni buku Nasihat Buat Diri dan Husnuzon.

Kempen Ramadan Unlearning & Relearning Being Better Together yang bermula pada 8 Mac hingga 10 April 2024 akan menemani pembaca sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan berkah. Oleh itu, pihak PTS bersama-sama mengajak pembaca untuk mendapatkan kesemua buku-buku yang menarik dan planner eksklusif Ramadan percuma sebagai peneman dan panduan pembaca sepanjang bulan Ramadan di kedai buku berdekatan yang menjual buku PTS. Seikhlas Ramadan bersama PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024