Artikel

Erti Cinta Sebenar: Hantaran Kasih Tuhan

oleh Nurul Aida Abd Aziz pada 04 Mar 2014

Nur Wardah, namanya seindah wajahnya. Apabila memandangnya, mampu menggoyahkan keimanan si lelaki. Kecantikan bak bidadari, menarik minat ramai kaum Adam untuk memilikinya. Namun, impian itu musnah selepas melihatnya berjalan. Tempang dan tidak teratur. Inilah hakikat yang beliau perlu hadapi selama 20 tahun.

Virus polio yang menyerang kakinya ketika dirinya berusia lima tahun dan menghidap demam panas. Siapa sangka, Nur Wardah jatuh hati kepada abang sepupunya, Aiman. Dalam diam, kedua-dua mereka saling mencintai antara satu sama lain.

Malu yang meninggi untuk meluahkan perasaan, menyebabkan cinta mereka terkubur selamanya. Datangnya risikan tanpa diduga dari sahabat lama ayahnya, Engku Amar dan Puan Norlin untuk menjodohkan Nur Wardah dengan anak mereka, Engku Ashraf.

Klimaks novel ini cukup mendebarkan. Pembaca tertanya-tanya, sama ada Engku Ashraf menerima tawaran ayahnya untuk mengahwini Nur Wardah dengan pemberian RM 5 juta, atau berjuang mempertahankan kebahagiaannya dengan wanita pilihannya, Rasheedah.

Nilaian wang yang menjadi “sumbangan” kepadanya itu mampu untuk melunaskan hutangnya kepada Along Ricky dan pihak bank yang cukup mencengkamkannya.

Novel Hantaran Kasih Tuhan menarik untuk dibaca secara umum. Pembaca dapat membuka minda mengenai makna cinta yang sebenarnya. Mencari jati diri sebagai seorang Muslimah itu cukup penting dalam kebajetan dunia teknologi kini.

Ramai Muslimah terkandas dalam pencarian jati diri, dek keseronokan duniawi semata. Andai kata cinta, pasti kuasa cinta itu menguatkan diri, bukannya melemahkan dan merosakkan diri sendiriBabak demi babak dalam novel ini banyak memberi pengajaran dan cukup ilmiah.

Pembaca pasti berpuas hati membaca novel ini, yang juga menyelitkan dakwah dan isu semasa. Pasti tidak rugi andai membelinya. InsyaAllah.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024