Artikel

“Healing” bersama buku sempena Tahun Baharu 2023 - Dear Self, We Got This!

oleh Aisha Nizam pada 10 Jan 2023

Pabila menjelangnya tahun baharu, akan ada dua golongan, sekurang-kurangnya. Satu, golongan yang sangat teruja menghitung segala kejayaan yang telah dicapainya tahun lalu. Dua, golongan yang sedang terluka berasa diri tidak berguna. Tidak ada betul salahnya menjadi salah satu. Kehidupan setiap daripada kita pasti ada turun naiknya. Ada ketika kita bertumbuh, ada ketika keadaan seperti tidak menyebelahi kita.

Konsep ‘healing’ & ‘self help’ dijadikan tema sempena promosi awal tahun ini, kerana kami ingin bawakan satu kelainan iaitu dengan memperkenalkan buku-buku yang dapat membantu atau memberi motivasi kepada anda. Mungkin juga kerana suasana dan pengaruh tahun 2022 masih lagi terasa auranya. Pembawaan konsep atau konten ‘healing’ pada tahun 2022, menjadi salah satu fenomena dalam kalangan peminat buku mahupun konten-konten di media sosial yang mempromosikan suasana ‘healing’ dengan jayanya.

Oleh itu, pada yang masih belum sembuh ‘luka’ healing pada tahun 2022, kini kami bawakan promosi Kempen Healing & Self Help Tahun Baharu 2023 dengan temanya “Dear Self, We Got This!”. Untuk tahun 2023, kami bawa koleksi buku-buku ‘self-healing’ dan ‘self-help’ bersama #rakPTS yang sesuai untuk anda.

Bagi yang masih mencari-cari untuk mulakan tahun baharu dengan bahan bacaan yang dapat memberi kesedaran dan penyuntik motivasi dalam diri untuk mulakan langkah baru, jangan lupa ikuti kempen ini. 1 hari 1 Buku bersama Kempen Healing & Self Help Tahun Baharu 2023 ini berlangsung di media sosial PTS dan Puteh Press. Jangan risau, kami rekomenkan buku-buku ‘self-healing’ dan ‘self-help’ yang terbaik untuk anda!

Dear Self, We Got This bersama #rakpts dan healing sampai ‘luka’ kalian sembuh bersama buku pada awal tahun 2023 ini!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024