Artikel

Terlaris Sepanjang 2022, Bukan Fiksyen

oleh Aisha Nizam pada 26 Jan 2023

“Buku dan pintu adalah hal yang sama. Kamu membukanya, dan kamu pergi ke dunia lain. ” - Jeanette Winterson

Buku juga boleh diibaratkan sebagai jendela dunia yang membawa kita melihat isi dunia yang lain tanpa melakukan sebarang perjalanan, cukup dengan membaca beberapa halaman sahaja. Dengan membaca juga, kita dapatkan meningkatkan kecerdasan otak, mempertingkat ilmu dan mempelajari sesuatu baharu dalam hidup.

Dengan itu, ayuh! Kita imbas kembali buku-buku yang telah dikeluarkan oleh PTS, terbaik dan terlaris bukan fiksyen sepanjang tahun 2022.

1. Fahami Bacaan Dalam Solatmu - Asas Khusyuk Ketika Solat 2018

Sebuah buku panduan ringkas dan padat tentang cara menunaikan solat, dengan bahasa penerangan yang ringkas dan mudah faham, untuk memahami bacaan solat anda dengan sempurna.

2. Nasihat Buat Diri


Buku kedua atau kesinambungan daripada buku pertama, Nasihat Buat Hati, yang memaparkan kandungan-kandungan nasihat yang menyentuh hati dan memberi kesedaran kepada diri iaitu himpunan nasihat-nasihat daripada Habib Ali Zaenal Abidin.

3. Nasihat Buat Hati


Buku yang mencetus sensasi di media sosial TikTok, nasihat yang mampu menyentuh nurani hati daripada bait-bait telus Habib Ali Zaenal Abidin yang dikumpul dan dijadikan sebuah buku yang mampu memujuk hati pembaca.

4. As-Syamail Al-Muhammadiyah - Edisi 2021


As-Syamail Al-Muhammadiyah merupakan sebuah buku yang mengandungi maklumat-maklumat berkaitan sejarah dan sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W untuk anda hayati dengan lebih mendalam. Selain itu, pembaca juga boleh mengenali sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi yang merupakan penulis buku ini.

5. Hijrahku Ini Sebenarnya untuk Siapa (2022)


Buku yang menyedarkan pembaca tentang penghijrahan yang hakiki, penuh kesungguhan tanpa diperbudakkan oleh nafsu. Buku oleh ustazah Asma Harun ini menyedarkan kita tentang tujuan atau niat sebenar asal penghijrahan adalah untuk meraih keredhaan Ilahi.

6. Biografi Muhammad bin Abdullah - Soft Cover 2021


Sebuah buku yang menceritakan perjalanan hidup kekasih Allah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w dengan perincian ilmiah dan riwayat hidup seorang nabi dan rasul, yang boleh dibaca dan dihayati oleh semua peringkat umur.

7. Fasobrun Jamil - Nasihat-nasihat Penguat Jiwa untuk Kamu yang Hampir Berputus Asa (2022)


Fasobrun Jamil, yang membawa maksud sabar itu indah, seperti tajuk buku ini yang mengandungi isi-isi nasihat tentang isu putus asa, yang mengajak pembaca menyelami makna bahawa indahnya apabila kita bersabar dalam segala hal yang berlaku.

8. Making Art Out of Pain (2022)


Making Art Out of Pain is perfect for healing a soul that seeks a comforting place that tells us as readers, it is possible for us to see the light from a place of hurt and disappointment because as written in the book, “As I tame the pain that I confront with the beauty of patience, I discover it is not all the darkness as light lives on another side of the cycle”.

9. Rich Dad Poor Dad - Latest Edition (2018)


Buku kewangan peribadi No.1 sepanjang zaman yang menerangkan konsep dan perspektif tentang kewangan dengan perincian yang berbeza berbanding buku-buku lain, tentang ekonomi dan hal-hal kewangan yang perlu diajarkan kepada anak-anak, perihal ekonomi dalam kehidupan.

10. Don’t Worry Allah Lebih Tahu Yang Terbaik (2021)


Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita? Di dalam buku ini, ada jawapannya.

11. Glow Inside & Out (2022)


Glow Inside & Out, written beautifully by Auni Baharin to comfort us‌. To teach us how to gain happiness with the sweetness of sa’adah (happiness). Highly recommended to those who want to start a new ‘breath’ and refresh the concept of what is happiness and well-being. Let’s pick up this book and read.

12. Communicate Like Muhammad (2022)


Buku yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat khususnya umat Islam untuk mempelajari dan mempraktikkan sunnah komunikasi Nabi Muhammad s.a.w dengan lebih berkesan dalam kehidupan harian.

13. How to Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu (2021)


Bagaimana memenangi hati kawan dan mempengaruhi orang lain? Dalam buku ini terdapat tip-tip seperti tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia, 6 kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita, 12 cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita dan 9 taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik.

14. Tenggelamnya Kapal Der Wijck - Hamka

Sebuah novel fenomena yang berkisarkan cinta antara dua darjat, iaitu percintaan antara Hayati dan Zainuddin yang terhalang disebabkan perbezaan adat, suku dan harta. Di samping itu, Hamka mengangkat isu kritikan sosial terhadap adat budaya Minangkabau dan lain-lain isu kritikan sosial yang dipetik.

15. The Art of Thinking Clearly (2022)


Buku ini adalah peluang untuk kita menutup segala ruang kesilapan, serta memberikan kita peluang membuat keputusan yang jauh lebih baik dalam kehidupan. Menerusi buku The Art of Thinking Clearly ini juga, Rolf Dobelli membantu kita menggariskan kesilapan-kesilapan mudah yang biasa kita lakukan lakukan dalam berfikir serta membuat keputusan.

16. Lead Like Muhammad: Teknik Mendorong Perubahan Tingkah Laku (2021)


Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

17. Ya Allah, Jika Dia Jodohku, Permudahkanlah (2022)


Khuatir tentang jodoh apabila tiada kekasih? Buku ini akan mengusir kekhuatiran anda kerana Allah s.w.t sudah menjamin jodoh setiap orang pada saatnya sudah tiba Buku ini ditulis khas bagi membimbing gadis-gadis perihal jodoh dan pertemuan.

18. Rahsia Membina Rumah Tangga Syurgawi (2022)


Buku ini mengandungi nasihat-nasihat membina rumah tangga berdestinasikan syurga dan mengumpulkan pesanan berstrukturkan amalan keluarga Rasulluah s.a.w yang menuju keredhaan Allah.

19. The Art of Copywriting (2021)


Teknik-teknik tersebut di dalam buku The Art of Copywriting ini dijadikan sebagai panduan menulis copywriting kepada semua pemula mahupun yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan masing-masing.

20. Minimalis (2021)


Buku Minimalis mengajarkan kita untuk mempraktikkan minimalisme dalam kehidupan untuk menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan dan semestinya lebih bebas.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai harga dan katalog buku-buku PTS, pembaca boleh melayari laman rasmi PTS di laman sesawang atau layari www.bookcafe.com.my untuk pembelian buku.

Akhir sekali, PTS bersama imprint yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan dorongan anda sebagai pembaca setia PTS sepanjang tahun 2022. Diharapkan semoga tahun 2023 ini, kami mampu menerbitkan lebih banyak lagi bahan bacaan yang berkualiti dan terbaik untuk anda.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024