Artikel
Jelajah Dunia Fiksyen Bersama PTS: 7 Pulau yang Menghibur dan Mendidik
oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 12 Dec 2024
Karya fiksyen sering kali dihubung kaitkan dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah. Hal ini kerana perkataan ‘fiksyen’ juga dikaitkan dengan perkara-perkara yang berbaur fantasi, tidak nyata dan rekaan semata-mata. Fiksyen membawa pengertian sebuah karya sastera yang dicipta daripada imaginasi pengarang seperti novel, cerpen dan boleh juga ditafsirkan sebagai cerita yang diada-adakan.
Karya fiksyen juga tidak semestinya buat pembaca cilik seperti kanak-kanak dan pelajar sekolah, namun ia sesuai untuk semua peringkat umur yang cenderung memerlukan atau mencari bahan bacaan yang santai dan meningkatkan daya imaginasi. Pembaca mampu keluar daripada keberatan fakta dan pelbagai kecamuk teori dan sejarah dunia. Pembacaan karya-karya fiksyen akan lebih memanusiakan pembaca dan memupuk sifat empati melalui sudut tema dan latar di dalamnya serta memahami perasaan watak yang direka dalam karya tersebut. Pembaca juga secara tidak langsung mampu menguraikan maksud tersurat dan subteks dalam karya fiksyen dalam erti kata lain meningkatkan nilai manusiawi dalam diri pembaca.
Bagi kanak-kanak pula khususnya, karya fiksyen semestinya sebuah medium bacaan yang paling sesuai dan perlu didedahkan serta diberikan perhatian agar mereka tidak lalai dengan penggunaan gajet yang hampir menjadi barah dalam proses perkembangan minda mereka. Buku fiksyen seharusnya menjadi bahan hiburan kanak-kanak dan bahan pembelajaran yang menarik minat mereka. Mencari bahan bacaan yang baik dan bersih juga penting agar imaginasi dan minda yang dibentuk juga bersih bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial. Oleh itu, sempena meraikan kanak-kanak sepanjang bulan Disember—bersempena cuti sekolah, PTS Media Group membawa kembali kempen buku fiksyen, Jelajah Dunia Fiksyen Bersama PTS!
Kempen Jelajah Dunia Fiksyen Bersama PTS #FictionNation membawa pembaca menjelajahi tujuh pulau dengan rekomendasi buku-buku fiksyen yang luar biasa. Pulau satu merupakan syurga buat pembaca novel. Kami memaparkan koleksi novel fiksyen terlaris bahasa Melayu dan Inggeris terbitan imprin Bookiut yang turut menjadi fenomena pada PBAKL 2024. Buku-buku yang direkomdasi adalah novel berbahasa Inggeris dan Melayu terbitan Imprin Bookiut.
Pulau kedua dikhususkan buat peminat cerita aksi. Kisah-kisah yang penuh debaran dan penuh pengembaraan dipersembahkan oleh pelukis-pelukis komik tempatan daripada imprin Komik-M yang pastinya membuatkan pembaca tidak berhenti membelek dengan penuh teruja.
Walau bagaimanapun, dunia tidak akan mencabar tanpa sentuhan mistik dan paranormal yang bakal mengancam adrenalin pembaca. Dunia ketiga ini diciptakan khusus buat si pemberani yang mahu mencabar keupayaan mental dan fikiran mereka membentuk imaginasi tentang entiti yang menyeramkan. Peminat kisah seram dan cerita hantu wajib mendapatkan siri daripada Penerbit-X tetang dunia paranormal kerana ini adalah dunia anda yang sebenar!
Namun, jika ada yang tidak kuat untuk memasuki pulau ketiga yang penuh dengan ketakutan, kami bawakan wira yang akan menentang ketakutan dan kejahatan. Pulau keempat merupakan dunia untuk wira-wira dari novela Bookiut yang berani. Di pulau ini juga pembaca belajar tentang sifat-sifat keberanian dan cabaran hidup seorang wira sehingga mereka boleh menjadi kuat dan tabah.
Bagi peminat cerita dongeng dan hikayat, pulau kelima adalah untuk anda. Dunia nusantara memaparkan kisah-kisah yang menampilkan sentuhan budaya dan inspirasi kisah hikayat tempatan. Peminat karya tempatan pasti tidak ketinggalan mendapatkan koleksi rekomendasi buku daripada Komik-M dan Bookiut.
Manakala pulau keenam terdapatnya dunia yang digemari ramai pembaca fiksyen, Dunia Fantasi! Buat pembaca yang gemar menjelajah mesin masa atau masuk ke dunia magis, rekomendasi buku-buku daripada Bookiut dan Penerbit-X di pulau ini pasti menjadi kegemaran anda.
Pulau yang terakhir khas buat si cilik yang ingin berhibur sambil belajar. Dunia Cilik memaparkan rekomendasi buku-buku yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Buku-buku terbitan PTS Junior yang interaktif dan kaya dengan ilmu bakal membawa kanak-kanak mempelajari banyak perkara yang bakal membina pengetahuan dan nilai murni dalam diri mereka.
Oleh itu jangan lupa jelajahi pulau-pulau fiksyen kami dan cipta dunia anda juga di sana dengan bahan-bahan bacaan yang menarik dan terkini. Dapatkan buku-buku kegemaran di kedai-kedai buku berhampiran yang menjual buku PTS dan jangan lupa tebus buku nota eksklusif secara percuma dengan pembelian minimum tiga buah buku daripada mana-mana pulau yang anda suka!