Artikel
Kempen Ramadan 2025, Hijrah - A Journey of Renewal
oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 28 Feb 2025
Hijrah bersinonim dengan perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun hijrah juga bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi perubahan jiwa dan hati menuju kebaikan. Ramadan adalah titik permulaan terbaik untuk seseorang melakukan hijrah dalaman dengan meninggalkan kebiasaan lama dan melangkah ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Ramadan 2025 hadir dengan membawa seribu rahmat dan keberkatan. Dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, PTS dengan bangganya membawakan kempen istimewa bertemakan hijrah dan transformasi diri, Hijrah - A Journey of Renewal, yang membawa perspektif Ramadan sebagai jalan penghijrahan atau peluang dalam meningkatkan kualiti diri dan menjadi versi diri yang lebih baik. Kempen ini bertujuan untuk mengajak umat Islam melakukan refleksi diri dan penghijrahan dalaman, sejajar dengan semangat Ramadan yang menekankan kesabaran, empati, dan muhasabah diri. Ia juga membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih memahami nilai sejagat yang terdapat dalam Ramadan, serta bagaimana bulan ini boleh menjadi titik perubahan dalam kehidupan.
Sepanjang Ramadan, PTS akan membawakan sesi siaran langsung (LIVE) eksklusif bersama penulis dan pempengaruh yang bakal mengupas pelbagai aspek kehidupan, spiritualiti, dan amalan Ramadan. Antara panelis yang terlibat adalah Tuan Mujib Othman ikon Ramadan PTS dan Puan Jannah Sutikislan yang akan berkongsi dan mengupas topik amalan dan keberkatan dalam rumah tangga semasa menjalani ibadah di bulan Ramadan. Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, penulis buku terbaharu PTS berjudul Al-Quran Power juga akan mengulas aspek sains dalam al-Quran dan tadabbur. Tidak dilupakan juga sesi bersama Ummu Ahmadain, penulis buku Puteh Press yang banyak berkongsi tentang nikmat di dalam ketidaksempurnaan dan makna syukur. Panel terakhir adalah Ustazah Muzayyanah Abdullah yang akan berkongsi tentang nikmat menghadapi ujian di bulan Ramadan sejajar dengan kandungan dalam buku terbaharunya Bertahanlah… Kerana Kita Bertuhan.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, perkongsian video eksklusif daripada penulis muslim dan bukan muslim yang membawa refleksi Ramadan daripada pelbagai perspektif juga akan disirkan di media sosial rasmi PTS setiap hari. Video perkongsian ini menghimpunkan nasihat dan tips dalam menghayati Ramadan dengan lebih bermakna.
Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi untuk membentuk disiplin, kesedaran, dan perubahan ke arah kebaikan. Oleh itu, PTS Media Group mengajak para pembaca untuk merenungi Ramadan kali ini sebagai satu perjalanan untuk memperbaharui jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Marilah jadikan Ramadan kali ini sebagai satu titik perubahan dalam hidup. Bersama-sama kita hayati Hijrah - A Journey of Renewal dan manfaatkan bulan penuh keberkatan ini untuk menjadi versi diri yang terbaik. Ikuti setiap sesi menarik ini dan jangan lepaskan peluang untuk bertanya soalan serta berinteraksi dengan panelis hebat yang kami bawakan khas untuk Ramadan ini.