Buku
101 Teknik Mendorong Anak Suka Mengaji
ISBN: 978-967-481-993-4
Tarikh Terbit: 28 May 2023
Kategori:
Imprint: PTS Publishing House
ISBN: 978-967-481-993-4
Tarikh Terbit: 28 May 2023
Kategori:
Imprint: PTS Publishing House
Buku 101 Teknik Mendorong Anak Suka Mengaji ini menggabungkan perspektif agama dan psikologi pembelajaran kanak-kanak secara berfakta. Buku ini dedikasikan khas buat ibu bapa dan para pendidik yang memerlukan pendekatan yang khusus apabila berhadapan dengan pelbagai isu pembelajaran anak-anak.
Buku ini mengandungi 101 teknik dan panduan dalam mendepani isu pembelajaran anak-anak berkeperluan khas seperti Speech Delay, Autism, ADHD, Disleksia dan Slow Learner. Malah panduan yang sama juga boleh digunakan buat kanak-kanak yang tidak berkeperluan khas untuk menambahbaik potensi diri dan kualiti pembelajaran mereka.
Pelbagai latar belakang dan situasi diambil kira untuk membina keseronokan rasa cinta kanak-kanak sepanjang pembelajaran mengaji al-Quran. Teknik-teknik yang ditawarkan di dalam buku ini membantu mendorong anak-anak untuk terus belajar mengaji tanpa rasa rendah diri atau dilunturkan semangatnya sedikit pun.
Sebenarnya ada banyak elemen psikologi yang boleh dicermati dalam proses belajar mengaji al-Quran. Oleh itu hadirnya buku ini menyumbang kepada perkembangan ilmu yang membicarakan mengenai peranan psikologi dalam membantu anak-anak belajar mengaji dengan lebih efektif dan menyeronokkan.