Buku

Kompas Kepimpinan Dari Madrasah Al-Quran

oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman, Fakhrul Islam

Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN:

Tarikh Terbit: 31 Aug 2023

Kategori:

Seringkali kita hanya melihat zahirnya kepimpinan yang baik itu terhasil dari baiknya ketokohan seorang pemimpin, namun jarang sekali kita melihat pada intipati kepimpinan yang baik itu sebenarnya terhasil dari prinsip dan nilai terbaik yang mencorak proses pembentukan seorang pemimpin yang baik.

Kompas Kepimpinan dari Madrasah Al-Quran tidak sekadar bertumpu seputar fakta-fakta dan peristiwa-peristiwa sejarah yang memberatkan, malah buku ini lebih bertumpu kepada formula-formula dan intipati kepimpinan al-Quran menerusi sosok kepimpinan Nabi Sulaiman a.s. dalam surah an-Naml yang kemudiannya diterjemahkan Sultan Muhammad II atau lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fateh melalui kajian sejarah Uthmaniyyah.

Istimewanya karya ini dalam menghubungkan dua tokoh yang sering dilihat asing dan jauh kerana keagungan dan kekuatan yang berjaya dicapai pada zaman masing-masing. Karya ini berhasrat mendefinisikan ibrah kepimpinan dari prinsip-prinsip al-Quran yang diterjemahkan dalam bentuk 5 elemen kecerdasan manusia (SPIES). SPIES adalah komponen asas pembangunan diri manusia yang terdiri daripada elemen Social, Physical, Intellectual, Emotional dan Spiritual.

Karya ini membawakan konsep penting ibrah yang menjadi jambatan yang menghubungkan peristiwa yang berlaku pada waktu lampau dengan realiti yang sedang berlaku hari ini. Sesuai dengan keperluan semasa, karya ini bermatlamat menjadi salah satu daripada alternatif terapi yang menjadi keperluan semasa buat masyarakat awam dengan menghubungkan dua disiplin ilmu yang sangat erat kepada manusia iaitu, al-Quran dan sejarah.

Semoga buku ini mampu memberikan nafas baru kepada seluruh masyarakat Islam khususnya para pengkaji al-Quran dan sejarah tokoh-tokoh besar Islam dengan persembahan yang berbeza dan interaktif. Diharapkan buku ini juga merangsang semangat pembaca bagi mewujudkan semangat dan peribadi unggul seperti tokoh-tokoh kepimpinan Islam yang terdidik dengan prinsip-prinsip Al-Quran sekaligus menghidupkan kembali kehebatan dan kegemilangan Islam yang pernah dicapai suatu masa dahulu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2023