Artikel

Mengembara ke Dunia Fantasi Bookiut pada Ramadan dan Raya Ini

oleh Farah Liana Nordin pada 15 Mar 2022

Kehangatan Ramadan dan kemeriahan Syawal kian terasa. Sudah pasti pelbagai aktiviti telah diatur untuk mengisi ruang dan masa yang ada dengan perkara yang bermanfaat. Sangat rugi andai masa yang terluang dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jangan lupa untuk selitkan bacaan bermanfaat bersama!

Berita gembira buat penggemar buku fiksyen fantasi! Promosi buku Bookiut kembali lagi! Kali ini dengan Fantasi Raya yang akan bermula pada 15 Mac sehingga 30 April 2022. Promosi Fantasi Raya ini menawarkan poskad eksklusif Bookiut secara percuma untuk setiap pembelian buku Bookiut. Ia didatangkan dengan dua desain yang berbeza. Poskad eksklusif ini menampilkan karakter Bookiut bertemakan fantasi yang menjadi kesukaan ramai sebagai muka depannya. Kumpulkan poskad eksklusif ini dan saling bertukar sesama rakan anda.

Mengangkat tema fantasi dan pengembaraan dalam penerbitannya, buku Bookiut menjana imaginasi pembaca dalam menyelami watak yang diperkenalkan. Meskipun membawa tema fantasi, namun, setiap watak yang ditampilkan mempunyai personaliti yang unik dan menarik. Melalui plot-plot yang dibina, diselitkan sama nilai-nilai kebaikan dan pengajaran untuk pembaca. Ia menjadi bahan bacaan fiksyen pilihan golongan remaja.

Meskipun penghasilan buku Bookiut ini tertumpu untuk golongan remaja namun ia juga sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai buat golongan dewasa terutamanya anak muda. Buku Bookiut merupakan novela atau novel pendek yang menjadi pilihan terbaik dalam memanfaatkan masa senggang yang ada.

Dapatkan promosi Fantasi Raya dengan poskad eksklusif yang terhad ini di kedai-kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuklah Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, dan lain-lain. Pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian di bookcafe.com.my atau Shopee dan Lazada BukuPTS atau Kedai Borong PTS.

Di samping kekuatan watak dan plot yang diperkenalkan, harga yang mampu milik dan berpatutan iaitu sebanyak RM10 untuk setiap buku menjadi daya penarik untuk memulakan pembacaan dan seterusnya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja.Di samping kekuatan watak dan plot yang diperkenalkan, harga yang mampu milik dan berpatutan iaitu sebanyak RM10 untuk setiap buku menjadi daya penarik untuk memulakan pembacaan dan seterusnya memupuk minat membaca dalam kalangan remaja.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024