Mawar berdebar-debar. Bagaimanakah dia akan diterima di sekolah baharunya nanti? Namun syukur semuanya menggembirakan. Dia mendapat kawan baharu - Idayu, Jabet, Dewi dan seluruh kelas Tingkatan Empat Bougainvilla.
Namun lain pula rekasi The Trio, Akhyar, Chin dan Deevan seakan-akan tidak menyenangi kehadiran Mawar yang kelihatan menggugat kepopularan mereka. Bermula daripada ‘pilihan raya’ melantik ketua kelas sehinggalah pertandingan drama sempena penutup Bulan Bahasa. The Trio mula mengganggu Mawar dan rakan-rakannya.
Mawar tidak mengalah. Penyertaan Drama Girl dalam pertandingan drama perlu dilakukan sehingga berjaya. The Trio perlu dijinakkan!. Ketika pertandingan drama semakin hampir, sesuatu yang tidak terduga berlaku. Mereka disabotaj! Kostum dan peralatan drama mereka dirosakkan. Siapakah yang melakukannya? Adakah The Trio atau ada musuh ghaib yang tidak kelihatan?
Dan, apakah nasib Drama Girl?
Bab 1 - Kawan Baharu
Bab 2 - Calon Ketua Kelas
Bab 3 - Pilihan Raya Kelas
Bab 4 - Apa? Drama..
Bab 5 - Cik Siti Wan Kembang
Bab 6 - Misi Drama Bermula
Bab 7 - Lawan Tetap Lawan
Bab 8 - Kenapa dengan Ashraf?
Bab 9 - Sabotaj
Bab 10 - Pertandingan Bermula
Bab 11 - Kami Menang