Buku

As-Syamail Al-Muhammadiyyah (Edisi 2021)

oleh Imam Tirmizi

terjemahan oleh Muhammad Masnur Hamzah

RM 49.00 / RM 52.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-967-481-593-6

Kod Bar: 9789674815936

Muka Surat: 528

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 21 Dec 2020

Kategori: Agama

BISAC: BIOGRAPHY & AUTOBIOGRAPHY / Religious (BIO018000)

Dalam cetakan edisi kemas kini ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan:

1. Cetakan ini ditahqiq sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Selain itu, beberapa kesilapan teknikal dalam cetakan edisi lama sudah dibetulkan. Pembaca boleh merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak.

2. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu.

3. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera.

4. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik.

5. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi dan juga ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w.

Dalam surah al-Ahzab, ayat 56, Allah s.w.t. menyatakan, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Bacalah selawat, Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in. Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga, dan sahabat-sahabat Baginda.”

Nota Penerbit

Mutiara Nabi

Kata Pengantar dan Ijazah

As-Syamail Al-Muhammadiyah (Tambahan baharu edisi kemaskini)

Biografi Ringkas Imam At-Tirmidzi (Tambahan baharu edisi kemaskini)

Ringkasan Sejarah Rasulullah s.a.w. (Tambahan baharu edisi kemaskini)

Bab 1 - Fizikal Rasulullah s.a.w.

Bab 2 - Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah s.a.w.

Bab 3 - Rambut Rasulullah s.a.w.

Bab 4 - Cara Rasulullah s.a.w. merapikan Rambut

Bab 5 - Uban Rasulullah s.a.w.

Bab 6 – Semir Rambut Rasulullah s.a.w.

Bab 7 – Celak Mata Rasulullah s.a.w.

Bab 8 – Pakaian Rasulullah s.a.w.

Bab 9 – ‘Isy Rasulullah s.a.w.

Bab 10 – Kasut Rasulullah s.a.w.

Bab 11 – Sandal Rasulullah s.a.w.

Bab 12 – Cincin Rasulullah s.a.w.

Bab 13 – Cara Rasulullah s.a.w. Memakai Cincin

Bab 14 – Pedang Rasulullah s.a.w.

Bab 15 – Baju Besi Rasulullah s.a.w.

Bab 16 – Topi Besi Rasulullah s.a.w.

Bab 17 – Serban Rasulullah s.a.w.

Bab 18 – Kain Sarung Rasulullah s.a.w.

Bab 19 – Cara Rasulullah s.a.w. Berjalan

Bab 20 – Kain Penutup kepala Rasulullah s.a.w.

Bab 21 – Cara Rasulullah s.a.w. Duduk

Bab 22 – Tempat Rasulullah s.a.w. Bersandar

Bab 23 – Cara Rasulullah s.a.w. Bersandar

Bab 24 – Cara Rasulullah s.a.w. Makan

Bab 25 – Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah s.a.w.

Bab 26 – Lauk yang Dimakan Rasulullah s.a.w.

Bab 27 – Wudhuk Rasulullah s.a.w.

Bab 28 – Doa Rasulullah s.a.w. Sebelum dan Selepas Makan

Bab 29 – Cawan Minum Rasulullah s.a.w.

Bab 30 – Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah s.a.w.

Bab 31 – Minuman Rasulullah s.a.w.

Bab 32 – Cara Rasulullah s.a.w. minum

Bab 33 – Wangian Rasulullah s.a.w.

Bab 34 – Cara Rasulullah s.a.w. Berbicara

Bab 35 – Cara Rasulullah s.a.w. Ketawa

Bab 36 – Cara Rasulullah s.a.w. Bergurau

Bab 37 – Syair Rasulullah s.a.w.

Bab 38 – Bual Bicara Rasulullah s.a.w.

Bab 39 – Cara Rasulullah s.a.w. Tidur

Bab 40 – Ibadah Rasulullah s.a.w.

Bab 41 – Solat Dhuha Rasulullah s.a.w.

Bab 42 – Solat Sunat Rasulullah s.a.w. di Rumah

Bab 43 – Puasa Rasulullah s.a.w.

Bab 44 – Cara Rasulullah s.a.w. Membaca Al-Quran

Bab 45 – Tangisan Rasulullah s.a.w.

Bab 46 – Tempat Tidur Rasulullah s.a.w.

Bab 47 – Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w.

Bab 48 – Akhlak Rasulullah s.a.w.

Bab 49 – Sifat Malu Rasulullah s.a.w.

Bab 50 – Berbekam

Bab 51 – Nama-Nama Rasulullah s.a.w.

Bab 52 – Kehidupan Rasulullah s.a.w.

Bab 53 – Usia Rasulullah s.a.w.

Bab 54 – Kewafatan Rasulullah s.a.w.

Bab 55 – Harta Rasulullah s.a.w.

Bab 56 – Melihat Rasulullah s.a.w. dalam Tidur

SOALAN 1

Ada kitab Syamail Muhammadiyyah yang diterbitkan penerbit lain menyatakan ada hadith yang tidak sahih dalam kitab nukilan Imam Tirmizi ini, benarkah?

Bagaimana dengan kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS?

 

JAWAPAN 1

Untuk maklumat, Kitab Syamail Muhammadiyyah mengandungi kumpulan hadis dan juga atsar. Hadis adalah perkataan/perbuatan yang dinisbahkan kepada Rasulullah. Atsar adalah perkataan/perbuatan yang dinisbahkan kepada sahabat atau tabi’in.

Dari segi periwatnya, hadis terbahagi menjadi tiga,

a. Sahih (sah). Kerana, sanadnya baik, periwayatnya adalah orang-orang yang adil dan jujur, juga daya ingatnya kuat.

b. Hasan (sah tapi darjatnya di bawah hadis sahih). Kerana, ada periwayatnya yang kurang kuat.

c. Dha’if (lemah). Kerana, ada kecacatan pada jalur periwatnya ataupun perekodnya.

Ketiga-tiga jenis ini ada dalam kumpulan hadis Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmidzi.

Kemudian, dari aspek penerimaan, hadis terbahagi dua;

a. Maqbul (diterima). Hadis sahih dan hasan, masuk dalam kategori ini.

b. Mardud (ditolak), yang terbahagi menjadi dua jenis:

1. Dha’if, hadis lemah. Para ulama berpendapat, hadis lemah boleh diguna dan diamalkan dalam hal amalan utama (fadhoilul ‘amal), dengan syarat-syarat yang sudah ditentukan. Juga, suatu hadis akan naik darjatnya, oleh sebab ada hadis lain yang menyokongnya. Ia dikenali dengan sebutan hadis hasan li-ghoirihi, iaitu hadis lemah yang menjadi hadis hasan oleh sebab lain.

2. Maudhu’, hadis ciptaan. Hadis ini dilarang guna, dan tidak boleh diriwayatkan kecuali disebut bahawa ia adalah hadis ciptaan. Jenis ini tidak ada dalam Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmidzi.

Dan kitab Syamail Syamail edisi PTS menyebutkan pada nota kaki, darjat setiap hadis yang dimaksud.

 


 

SOALAN 2

2. Siapa penterjemah Kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS? Apakah latar belakang beliau?


 

JAWAPAN 2

Penterjemah Kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS adalah Muhammad Masnur Hamzah. Beliau adalah lulusan terbaik (alumni emas) Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo. Sesudah itu, beliau melanjutkan pengajian ke Mesir di Al-Azhar Universiti Kaherah. Selain di universiti, beliau juga belajar daripada pelbagai ulama di Mesir dan di Mekah. Juga, belajar daripada ulama Yaman, Maghribi, Syria. India, Libya dan negara lainnya yang berada di sekitar negara Mesir..

Penterjemah banyak menghasilkan karya terjemahan. Dan karyanya yang terbaru adalah kamus Qomusika (Arab-Melayu-Inggeris) dengan formula huruf ziyadah, pertama di dunia. Kamus ini mendapat sambutan luar biasa daripada mahasiswa dan pelajar di pelbagai negara: Mesir, Yaman, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand.

Dan saat ini, beliau sedang menyelesaikan penulisan ulang mushaf (al-Quran al-Karim) dengan tulisan khat yang lebih baik. Mohon doa para pembacanya, semoga bermanfaat di dunia dan akhirat.

 

SOALAN 3

3. Apakah nilai tambah yang diletakkan dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS?

 


 

JAWAPAN 3

a. Kitab Syamail Muhammadiyyah cetakan PTS ini terdapat penjelasan pada nota kaki mengenai darjat hadith. Adakah hadith yang dinyatakan itu adalah berstatus sahih, hasan atau dhaif. Juga, disertai nombor hadis yang dinyatakan pada kitab rujukan hadis utama lainnya.

b. Cetakan ini ditahqiq (disemak) sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Pembaca dapat merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak.

c. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu.

d. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera.

e. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik.

f. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi.

g. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w., dari semenjak lahir sehingga kewafatan Baginda. Ringkasan ini berbentuk rajah untuk memudahkan pemahaman sejarah.

SOALAN 4

4. Apakah kitab rujukan yang digunakan untuk menterjemah kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS? Adakah penterjemah juga merujuk kepada kitab edisi semakan (tahqiq) oleh ulamak lain?

 


 

JAWAPAN 4
 

Tentu, kitab Syamail terbitan PTS juga merujuk kepada kitab Arab yang ditahqiq oleh ulamak lain.

Kitab Syamail terbitan PTS ini merujuk kepada manuskrip as-Syamail al-Muhammadiyyah, makhthuthat al-Azhar Asy-Syarif dan Majami l-Maktabah al-Umariyah.

Dan, juga merujuk kepada tujuh kitab As-Syamail Muhammadiyah yang diterbitkan oleh tujuh penerbit yang berbeza, iaitu : Dar Gharb, al-Yamamah, Darul Hadis Beirut, Darul Kutub Ilmiyah, Maktabah Ulum wal Hikam, Maktabah Ahmad al-Baz, Dar Ihya Turats Arabiy.

 

Juga, rujukan utama semasa mengerjakan kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS adalah :

• Sahih Bukhari, cetakan Mu’assasah ar-Risalah, (atau cetakan dengan penomboran Fuad Abdul Baqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fathul Bari dan ‘Umdatul Qari.

• Sahih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami juga menggunakan Ikmâlul Mu’allim bi Fawâidil Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi ‘Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

• Sunan Abi Dawud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

• Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofa al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

• Sunan Nasa’i, (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Kami juga menggunakan Dzakhiratul ‘Uqba fi Syarhil Mujtaba cetakan Mi’raj.

• Sunan Ibnu Majah, (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

• Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqiq Ahmad Muhammad Syakir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kaherah (akhir nombornya 27519)

• Sahih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islamiy, tahqiq Dr. Muhammad Musthafa al-A’zhamiy (akhir nombornya 3079)

• Al-Mu’jam al-Kabir, al-Washith dan ash-Shaghir, al-Imam Thabrany

• Al-Jami’li Syu’abil Iman, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd )akhir nombornya 10756)

• Al-Mawahib al-Laduniyyah ‘alasy Syamail al-Muhammadiyyah, Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi’i, terbitan Dar al-Minhaj

• Dalailun Nubuwwah, al-Imam al-Baihaqi, Darul Kutub ‘Ilmiyyah dan Dar ar-Rayan lit Turats cetakan I

• Muntahas Sul ‘ala Wasailil-Wushul ila Syama’ilir Rasul, karangan al-Allamah al-Faqih ‘Abdullah bin Sa’id Muhammad Abbadi al-Lahji (1344-1410H), Darul Minhaj (4 jilid)

• Majma’uz-Zawa’id wa Manba’ul-Fawa’id, al-Hafiz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Darul Ma’mun lit-Turats

 

Ini hanya sebahagian sahaja, ada kitab lainnya, baik dalam bidang akidah, tafsir, hadis, fikih dan lainnya. Penterjemah juga langsung mendapat rujukan daripada para ulama Mesir, sama ada bertanya langsung kepada mereka ataupun semasa mendengar syarahan.

 


 

SOALAN 5

5. Adakah mana-mana ulamak yang memberikan pengesahan kepada kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS?

 


 

JAWAPAN 5

Kitab ini langsung diberikan ijazah sanad oleh seorang ulama Mesir terkemuka, Syeikh Dr. Sa’id Muhammad Mamduh. Keilmuan beliau diiktiraf oleh para ulamak antarabangsa. Kerana, beliau adalah murid kanan dari al-Allamah Syeikh Abdullah al-Ghumari dan Musnid ‘Ashr al-Allamah Syeikh Yasin al-Fadani. Sehinggakan beliau digelari al-muhaddis dan khalifah Syeikh Yasin di Mesir. Banyak para ulama dari seantero dunia yang datang untuk belajar atau berziarah kepada Syeikh Sa’id Mamduh.

Dan, banyak pendakwah dan ustaz di Malaysia yang berpendapat, kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS adalah di antara kitab yang terbaik yang pernah diterbitkan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024