Buku

Lead Like Muhammad

oleh Ainon Mohd

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-967-369-571-3

Kod Bar: 9789673695713

Muka Surat: 400

Saiz (inci):

Tarikh Terbit: 24 Aug 2021

Kategori:

BISAC: RELIGION / Leadership (REL071000)

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

KATEGORI 1

Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam.

Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.

Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini.

Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

KATEGORI 2

Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah.

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.

Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.

Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.

Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.

BAB 1 - NABI BERPURA-PURA TIDAK NAMPAK KESALAHAN DISIPLIN KERJA ANAK BUAH

BAB 2 - NABI TIDAK MENGHUKUM PEMAKSIAT

BAB 3 - RUPA-RUPANYA NABI MENGAMALKAN PRINSIP DOUBLE STANDARD

BAB 4 - CIRI-CIRI PERBUATAN DAN TINGKAH LAKU YANG NABI TEGUR SECARA TERBUKA

BAB 5 - CARA MENDORONG ANAK BUAH BERANI MEMBERI IDEA & BUAH FIKIRAN.

BAB 6 - CARA CO-EXIST BERSAMA STAFF YANG BERMASALAH.

BAB 7 BAGI MENDORONG ORANG SUPAYA BUAT YANG BETUL, NABI TIDAK TUNJUKKAN CONTOH PERBUATAN YANG SALAH

BAB 8 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING

BAB 9 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING

BAB 10 CARA YANG BETUL CAMPUR HAL ANAK BUAH

BAB 11 NABI TIDAK MEMUJI SUMBANGAN ANAK BUAH YANG BERSTATUS TINGGI

BAB 12: BEGINILAH CARA NABI MEMUJI PEKERJAAN ORANG KECIL

BAB 13: BEGINILAH CARANYA NABI MENERIMA ADUAN DAN RUNGUTAN DARI ANAK BUAHNYA

BAB 14 BEGINILAH CARA NABI RESPON APABILA ANAK BUAH TIDAK MAHU MELAKSANAKAN SURUHANNYA

BAB 15 BEGINILAH CARANYA NABI MENDORONG ANAK MUDA MENJADI INDIVIDU CEMERLANG

BAB 16 CARA MEMBETULKAN KESALAHAN ANAK BUAH YANG MASIH SANGAT BODOH

BAB 17 NABI TIDAK MENASIHATI ORANG MUDA YANG BURUK AKHLAKNYA

BAB 18 LIHATLAH BAGAIMANA TINGGINYA TOLERANSI NABI TERHADAP PERBEZAAN PENDAPAT

BAB 19 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI KAUNSELING KEPADA SESEORANG YANG MENGHADAPI BANYAK MASALAH PERIBADI

BAB 20 APABILA NABI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENGELUARKAN ARAHAN BELIAU TIDAK MEMBERI ALASAN

BAB 21 - BEGINILAH CARA NABI MEMISAHKAN TUGAS MENCIPTA IDEA DAN TUGAS MELAKSANAKAN IDEA

BAB 22 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI KAUNSELING KEPADA JANDA TALAK TIGA YANG MENJADI REBUTAN TIGA LELAKI

BAB 24 BAGINILAH CARANYA BAGAIMANA ORANG-ORANG BAIK BOLEH PULA MEREKA ITU MENOLONG KERJA-KERJA SYAITAN

BAB 23 CARA YANG BETUL MENJALANKAN SESI BRAINSTORMING

BAB 25 CARA BETUL MENGELUARKAN ARAHAN KERJA KEPADA ORANG BAWAHAN

BAB 26 BEGINILAH CARA BETUL KETUA MELAYAN KOMPLEN DARI ANAK BUAH YANG TIDAK PUAS HATI

Bab 27 APLIKASI TEKNIK NABI DALAM KEPIMPINAN POLITIK

BAB 28 NABI MENUNJUKKAN PERMINTAAN YANG KETUA BOLEH MINTA DARI ANAK BUAHNYA

BAB 29 NABI BERSANGKA BAIK TERHADAP PENDOSA

BAB 30 NABI TIDAK MEMUJI SUMBANGAN ANAK BUAH YANG BERSTATUS TINGGI

BAB 31 BEGINILAH CARA NABI MENDORONG ANAK BUAHNYA MELAKUKAN KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN

BAB 32 NABI TIDAK MENEGUR ORANG YANG MELAKUKAN KESILAPAN

BAB 33 BEGINILAH CARA NABI MENGAJAK ORANG PANDAI MELAKUKAN AMALAN BAIK

BAB 34 BEGINILAH CARA NABI MEMBERI LABEL POSITIF SEBAGAI GANJARAN

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024