Buku

Turath - Di Mataku Ada Tangisan, Di Hatiku Ada Tuhan

oleh Ibnu Qudamah Al-Maqdisi

terjemahan oleh Ammar bin Adlan

RM 30.00 / RM 33.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-629-493-210-4

Kod Bar: 9786294932104

Muka Surat: 264

Saiz (inci): 5.3 x 7.6

Saiz (cm): 19.5 x 13.5

Tarikh Terbit: 19 Mar 2026

Siri: Turath

BISAC: BIOGRAPHY & AUTOBIOGRAPHY / Religious / RELIGION / Islam / History / Spirituality / Inspirational / SELF-HELP / Motivational & Inspirational (BIO018000) (REL037010) (REL062000) (REL036000) (SEL021000)

Dalam setiap titisan air mata seorang hamba, tersembunyi kisah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ada getir ujian, redha yang menenangkan, dan beningnya kerinduan kepada Tuhan Yang Maha Mengasihi. Namun, ada juga air mata yang lebih dalam maknanya iaitu air mata taubat. Tangisan seorang hamba yang kembali setelah lama tersasar, yang luluh hatinya saat menyedari dosa, lalu merayu keampunan dengan penuh harap dan takut.

Berdasarkan karya agung Ar-Riqqah wa al-Buka’ tulisan Ibnu Qudamah al-Maqdisi, buku ini menghimpunkan kisah-kisah yang menggetarkan jiwa daripada para Nabi dan Rasul, para sahabat, tabi'in, hingga orang-orang soleh yang basah dengan tangisan kerana sentiasa melazimi taubat dan hati mereka hidup dengan iman.

Setiap kisah mengajarkan bahawa tangisan bukan tanda lemahnya jiwa, tetapi bukti bahawa hati masih hidup dan belum terputus daripada rahmat-Nya. Ia juga mengingatkan kita bahawa pintu taubat sentiasa terbuka, dan Tuhan sentiasa dekat, menunggu kita kembali dengan hati yang jernih, utuh, dan penuh pengharapan.

Buku ini adalah undangan lembut untuk menyucikan hati, menilai kembali perjalanan diri, dan merasai manisnya taubat sebelum tiba saat air mata tidak lagi mampu menebus waktu yang telah berlalu.

PETA BUKU DIMATAKU ADA TANGISAN

Mengenai Ibnu Qudamah al-Maqdisi

Pengantar Penerbit

Pengantar Editor

Pengantar Penulis

BAB PERTAMA: CIRI DAN SIFAT ORANG BERIMAN YANG DIKASIHI ALLAH 

PETA RINGKAS

1.Keperibadian Mukmin Sejati

2. Perhiasan bagi Orang-Orang Bertakwa Adalah Zuhud

3. Siapakah Golongan yang Dinaungi Allah s.w.t.?

BAB KEDUA: KISAH PARA NABI DAN RASUL YANG MENGALIRKAN AIR MATA 

PETA RINGKAS

4. Tangisan Taubat Nabi Adam a.s

5. Kecekalan Nabi Ibrahim a.s. Mempertahankan Agamanya

6. Tangisan Taubat Nabi Daud a.s. Disedari Makhluk Sekelilingnya

7. Nabi Yahya a.s. Mengutamakan Pencipta Melebihi Segalanya

8. Ketabahan Nabi Zakaria a.s. Ketika Diserang Musuh

9. Ketaatan Nabi Ismail dalam Menurut Perintah Allah s.w.t.

10. Pesanan Nabi Isa a.s. dan Tangisan Nabi Terhadap Seorang Hamba yang Bertakwa

BAB KETIGA: KISAH RASULULLAH S.A.W. YANG MENGALIRKAN AIR MATA 

PETA RINGKAS

11. Ujian-Ujian yang Dihadapi Rasulullah s.a.w

12. Kisah Kewafatan Rasulullah s.a.w.

BAB KEEMPAT: KISAH PARA KHALIFAH YANG MENGALIRKAN AIR MATA 

PETA RINGKAS

13. Abu Bakar As-Siddiq r.a. Pembela Rasulullah dan Sahabatnya

14. Kelembutan Hati dan Keadilan Umar al-Khattab r.a

15. Ketabahan Uthman bin Affan r.a. dalam Menghadapi Musuhnya

16. Keperibadian Ali bin Abi Talib r.a. yang Menyentuh Hati

BAB KELIMA: KISAH PARA SAHABAT LAIN YANG MENGALIRKAN AIR MATA

PETA RINGKAS

17. Kisah Hamzah bin Abdul Muttalib di Peperangan Badar

18. Keteguhan Hati Saad bin al-Rabi r.a. di Medan Uhud

19. Kisah Ziyad bin al-Sakan Bersama Lima Orang yang Berperang untuk Nabi di Perang Uhud

20. Kisah Amr bin al-Jamuh Meminta Izin Menyertai Jihad dan Syahid

21. Kisah Abdullah bin Jahsy dan Kisah Pembunuhannya

BAB KEENAM: KISAH PARA TABI‘IN YANG MENGALIRKAN AIR MATA

PETA RINGKAS 

22. Kisah Uwais al-Qarni Diceritakan Oleh Umar al-Khattab r.a

23. Kisah Yazid bin al-Aswad al-Jurasyi Berdoa Memohon Hujan untuk Rakyatnya Semasa Pemerintahan Muawiyah

24. Kisah Abu Muslim al-Khaulani dengan Pemberian Sedekah dan Keajaiban Seguni Tepung

25. Kezuhudan dan Pesan Hasan al-Basri

26. Kisah Muslim bin Yasar Menggambarkan Kegembiraan Wanita Bahrain dalam Musibah

27. Kisah Seorang Lelaki Datang untuk Memberitahu Berita Gembira Tentang Syurga kepada Al-‘Ala’ bin Ziyad

28. Kisah ‘Atha’ al-Salimi Menangis Seperti Ibu Kehilangan Anak dan Ingin Menjadi Debu

29. Kisah Dhaigham bin Malik Menangis Setiap Malam kerana Mengingati Kezalimannya

30. Kisah Usaid al-Dhabbi Sedih Sehingga Buta

BAB KETUJUH: KISAH ORANG-ORANG SOLEH SELEPAS GENERASI TABI‘IN 

PETA RINGKAS

31. Kisah Ja’far bin Muhammad Meminta dengan Penuh Keyakinan kepada Allah s.w.t. Meskipun Urusan Dunia

32. Kisah Tangisan dan Keimanan Al-Fudhail bin Iyadh

33. Kisah Ketakutan dan Keinsafan Ali bin al-Fudhail

34. Kisah Sufyan al-Tsauri Menangis dan Tidak Menyedari Orang di Sekeliling

35. Kisah Ibrahim bin Adham Membantu Sahabat dalam Kesempitan Selepas Isteri Bersalin

BAB KELAPAN: KISAH YANG MENGINSAFKAN TENTANG PARA KEKASIH ALLAH YANG TIDAK DIKENALI 

PETA RINGKAS

36. Apabila Manis Dunia Menjadi Sepahit Hempedu

37. Kisah Pahlawan Berani Melawan Nafsu Sendiri dan Berperang dengan 60 Tikaman

38. Kisah Hamba yang Diberkati dan Tidak Ingin Dikenali Dunia

39. Kisah Raungan Seorang Hamba Memohon Keampunan Ilahi

40. Ketika Ibnu al-Sammak Memberi Khutbah Salah Seorang Ahlinya Menjerit dan Meninggal

41. Kisah Lelaki yang Taat Ketakutan dan Mati Selepas Mendengar Kata-kata Ibnu al-Sammak

42. Kisah Tujuh Orang Jemaah dari Basrah bersama Ibnu al-Sammak

43. Kisah Seorang Pemuda Bertaubat Selepas Mendengar Kegerunan Suasana Hari Kiamat

44. Kisah Kematian Jemaah Selepas Mendengar Peringatan daripada Abdul Wahid bin Zaid

45. Kerehatan Akhirat Lebih Baik daripada Kerehatan Dunia

46. Bersedihlah kerana Takut Akhirat

Judul: Turath - Di Mataku Ada Tangisan, Di Hatiku Ada Tuhan
Penulis: Ibnu Qudamah Al-Maqdisi
Penterjemah: Ammar bin Adlan
ISBN: 978-629-493-210-4
Harga: RM 30.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026