Buku

Turath - Sahabat, Jangan Biarkan Hatimu Jauh dari Allah (2026)

oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

terjemahan oleh Muhammad Faiz Izzuddin Mohd Zukri

RM 25.00 / RM 28.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-283-8

Kod Bar: 9786294932838

Muka Surat: 104

Saiz (inci): 5.3 x 7.6

Saiz (cm): 19.5 x 13.5

Tarikh Terbit: 28 Aug 2026

Siri: Turath

BISAC: RELIGION / Islam / General / Spirituality / PSYCHOLOGY / Social Psychology (REL037000) (REL062000) (PSY031000)

Tradisi mengarang surat nasihat kepada sahabat menjadi salah satu kebiasaan para ulama zaman dahulu. Imam al-Ghazali, misalnya, menulis karya monumentalnya Ayyuhal Walad ketika seorang murid meminta diberikan nasihat. 

Begitu juga dengan Ibnu Qayyim yang mengarang untuk seseorang yang bernama 'Ala ad-Din.

Walaupun tidak dijumpai dalam riwayat mengenai siapa sebenarnya 'Ala ad-Din ini, namun tulisan ini kekal membekas pada pembaca selama berabad lamanya. Seringkali tradisi menulis karya sebegini menjadi barakah yang lebih besar dari tujuan asalnya.

Karya ini adalah rantaian nasihat keagamaan yang lebih bersifat peribadi. Selamat membaca.

Isi Kandungan

  • Peta Buku
  • Pengantar Penerbit
  • Pengantar Editor
  • Pengenalan

BAB 1: Apabila Hati Mula Lalai, Saat Nafsu Menguasai Arah Hidup

  • Maksud kelalaian daripada mengingati Allah
  • Kesan Mengikuti Hawa Nafsu Terhadap Amal dan Kehidupan
  • Gabungan Lalai dan Nafsu Sebagai Punca Kerosakan
  • Golongan yang Sesat dan Golongan yang Dimurkai
  • Kepentingan Doa Hidayah dalam Surah al-Fatihah

BAB 2: Hidayah: Kompas Hidup Seorang Hamba

  • Keperluan Mengenal Perkara yang Bermanfaat
  • Keperluan Hidayah dalam Setiap Keadaan
  • Bentuk-bentuk Kehilangan atau Kekurangan Hidayah
  • Hubungan Antara Memberi Hidayah dan Bertambahnya Petunjuk

BAB 3: Menjadi Ikutan dalam Ketakwaan

  • Doa Menjadi Pemimpin Orang Bertakwa
  • Tafsiran Salaf Mengenai Istilah “Imam”
  • Perbincangan Bahasa dan Makna Imam dalam al-Quran

BAB 4: Dibina dengan Kesabaran, Dikuatkan dengan Keyakinan

  • Kepimpinan Melalui Sabar dan Yakin
  • Bentuk-bentuk Kesabaran Seorang Hamba
  • Nafsu dan Syubhah sebagai Punca Kebinasaan Amal

BAB 5: Empat Asas Menuju Hidayah

  • Hubungan Kepimpinan dengan Empat Asas Utama
  • Asas Pertama: Kesabaran
  • Asas Kedua: Keyakinan
  • Asas Ketiga: Dakwah dan Memberi Petunjuk
  • Asas Keempat: Berpandukan Wahyu dan Sunnah

BAB 6: Bahagia yang Kita Salah Faham

  • Fitrah Manusia Mencari Kebahagiaan
  • Enam Prinsip Menuju Kehidupan yang Baik
  • Kesilapan Manusia dalam Mengejar Kebahagiaan

BAB 7: Saat Hati Menemui Tuhannya

  • Hakikat Kebahagiaan yang Sebenar
  • Syurga Dunia Sebelum Syurga Akhirat

BAB 8: Solat: Tempat Hati Berehat

  • Solat sebagai Penyejuk Mata dan Jiwa
  • Perbezaan Solat Orang Beriman dan Orang Lalai

BAB 9: Solat yang Menghidupkan Jiwa

  • Enam Aspek Solat yang Sempurna
  • Ikhlas dan Kejujuran dalam Solat
  • Mengikuti Sunnah dan Ihsan
  • Kurniaan Allah dan Memandang Kekurangan Diri

BAB 10: Antara Amal dan Rahmat: Siapa Sebenarnya yang Menentukan?

  • Amal Tidak Menjamin Syurga Tanpa Rahmat Allah S.W.T.

PENUTUP: Cara Hidup Seorang Mukmin: Antara Dunia dan Akhirat

  • Empat Asas Kehidupan Mukmin
Judul: Turath - Sahabat, Jangan Biarkan Hatimu Jauh dari Allah (2026)
Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziyyah
Penterjemah: Muhammad Faiz Izzuddin Mohd Zukri
ISBN: 978-629-493-283-8
Harga: RM 25.00

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026