Anip bencikan kehidupannya. Emaknya dianggap tidak memahami kehendaknya. Begitu juga dengan Zul, yang dianggap sebagai kawan yang selalu menyusahkannya. Lebih membuatkanya dia benci, dia tidak dapat pulang ke kampung sempena cuti sekolah kali ini.
"Alangkah bagusnya sekiranya aku dapat terbang terus ke kampung... macam superhero!"
Tanpa disedari, kata-kata Anip itu sampai ke telinga makhluk yang mampu mengotakan impiannya. Makhluk itu mampu terbang, lebih daripada apa yang Anip dapat bayangkan. Makhluk itu bertekad mahu menunaikan impian Anip. Makhluk itu adalah seekor burung yang bernama... Marung!
Akan Terbit