Buku

EQ: Menjana Kecerdasan Emosi

oleh Abdul Ghani Abdullah

RM 15.50 / RM 17.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-068-8

Muka Surat: 128

Saiz:

Tarikh Terbit: 21 Feb 2011

Kajian Mayer, Caruso, dan Salovey (1999) membuktikan kecemerlangan individu turut dipengaruhi oleh kecerdasan emosinya. Orang yang memiliki kecerdasan intelek lebih cemerlang apabila beliau juga turut memiliki kecerdasan emosi.

 

EQ: Mengajar Kecerdasan Emosi Melalui Kemahiran Membuat Keputusan menyediakan pelbagai bentuk aktiviti bagi membantu guru mencungkil bakat dan kebolehan emosi pelajar bagi berhadapan dengan realiti dengan lebih yakin.

 

Tanggungjawab menjana kecerdasan emosi di dalam bilik darjah bergantung pada kebijaksanaan guru. Setiap pelajar mempunyai potensi kecerdasan emosi. Sekiranya guru dapat mencungkil bakat dan kebolehan emosi ini, maka pelajar mampu berhadapan dengan realiti dengan lebih yakin.

 

Dr. Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abdul Aziz, dan Dr. Abdul Rashid Mohamad adalah pensyarah Pengajian Ilmu Pendidikan di Universiti Sains Malaysia. Mereka berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan banyak mengkaji aplikasi kecerdasan emosi dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Bab 1 Kenapa Perlu Mengajar Kemahiran Kecerdasan Emosi?

 

Bab 2 Mengajar Kecerdasan Emosi Melalui Kesedaran Kendiri

 

Bab 3 Mengajar Kecerdasan Emosi Melalui Pengurusan Emosi

 

Bab 4 Mengajar Kecerdasan Emosi Melalui Konsep Kendiri dan Perhubungan

 

Bab 5 Mengajar Kecerdasan Emosi Melalui Empati

 

Bab 6 Mengajar Kecerdasan Emosi Melalui Perkembangan Pelbagai

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024