Menurut pakar kepimpinan bertaraf dunia, John C. Maxwell, sekiranya anda mahu berjaya, anda perlu mempelajari seni berhubung dengan orang lain. Mungkin setengah daripada kita dapat melakukannya secara natural, namun hakikatnya sesiapapun dapat mempelajari cara menukarkan setiap komunikasi kepada peluang bagi mewujudkan hubungan yang hebat. Dalam buku ini, John C. Maxwell berkongsi lima amalan bagi membina kemahiran asas berhubung, termasuk mencari landasan persamaan, memastikan komunikasi anda sentiasa ringkas, menarik minat pendengar, memberi inspirasi kepada pendengar dan mengekalkan hubungan yang autentik. Kebolehan berhubung dengan orang lain adalah faktor penentu utama bagi memcapai potensi maksima anda. Ini bukan rahsia!
Bahagian I: Prinsip-Prinsip Berhubung
1. Berhubung Meningkatkan Pengaruh dalam Setiap Situasi
2. Berhubung Bererti Mengutamakan Orang Lain
3. Berhubung Menjangkaui Kata-Kata
4. Berhubung Memerlukan Tenaga
5. Berhubung Adalah Skil Bukan Bakat Semula Jadi
Bahagian II: Amalan Berhubung
6. Berhubung pada Landasan yang Sama
7. Tidak Mudah bagi Mudah
8. Mencipta Pengalaman yang Menyeronokkan
9. Memberi Inspirasi
10. Praktikkan Perkara yang Disampaikan
Akan Terbit