Gigih – Kualiti diri pada individu, yang diuji dengan seribu satu cabaran dan arus ganas kehidupan, namun dia tetap terus berusaha bagi mencapai matlamat yang diimpikan.
Dalam menjalani kehidupan, akan ada ketikanya segala yang kita rancang tidak berjalan seperti yang diharapkan. Ada ketikanya kegagalan datang tanpa dapat kita hindari. Sesetengah individu mungkin akan memilih untuk menyerah sahaja kerana menyerah lebih mudah dilakukan. Kecenderungan memilih untuk menyerah sering kali membawa kepada kegagalan jangka panjang dalam hidup.
Namun bagi mereka yang dengan gigihnya mampu untuk terus melangkah meskipun dalam saat yang sukar, memiliki peluang yang jauh lebih baik demi mencapai sesuatu yang bermakna dan bermanfaat dalam hidup mereka. Mereka yang memiliki sifat gigih dalam diri akan mampu terus melangkah lebih jauh walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan.
Melalui buku ini, pembaca akan mendalami sifat kegigihan dan perkaitannya dengan kejayaan.
Ben
Akan Terbit