Perkahwinan adalah fitrah manusia. Ia juga lambang kemajuan seorang dalam hidupnya. Justeru itu, mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik bersejarah ini dengan lebih bermakna. Tidak hairan dalam memberikan persembahan berbeza kepada tetamu, tuan rumah sanggup melakukan pelbagai perkara bagi menarik minat orang ramai. Tidak kurang juga yang sanggup berhabisan agar kelihatan lebih anggun.
Buku kecil Hadiah daripada Pengantin ini adalah buah tangan terbaik untuk dihadiahkan kepada tetamu. Tentu mereka yang mendapatbuku ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Bayangkan ganjaran yang diperoleh oleh tuan rumah daripada pemberian buku ini. Berbeza dengan bunga telur atau gula-gula yang akan habis dimakan atau dibuang, buku ini kekal untuk tempoh yang lama. Selagi ia dibaca dan dimanfaatkan, ganjaran pahalanya akan tetap diperoleh oleh tuan rumah.
Buku ini mengandungi doa, tip dan panduan untuk menjalani hidup berumah tangga. Sama ada mereka yang belum berkahwin, akan berkahwin atau sudah lama berkahwin, buku ini pasti menjadi pedoman melayari bahtera perkahwinan.
Isi Kandungan
Sekapur Sirih
Pesanan Allah
Pesanan Rasulullah
Pesanan Ulama dan PEMERINTAH
Tahniah, Andalah Pasangan Idaman Si Dia!
Suami Idaman
Isteri Idaman
Hukum Nikah
Hikmah Nikah
Hak-Hak Isteri yang Menjadi Tanggungjawab Suami
Hak-Hak Suami yang Menjadi Tanggungjawab Isteri
Tanggungjawab Tambahan Seorang Isteri
Akhlak Terpuji Suami Isteri
Ciri-Ciri Lelaki Soleh
Tugas dan Kewajipan Lelaki Soleh
Ciri-Ciri Wanita Solehah
Ciri- Ciri Isteri yang Baik
Kewajipan Isteri kepada Suami
Kewajipan Suami kepada Isteri
Perincian Kewajipan Suami kepada Isteri
Perkara yang Harus ada dalam Rumah Tangga Islami
Rumah Tangga yang Dirahmati Allah
Kerana Mulut Badan Binasa
Panduan Komunikasi Berkesan antara Suami Isteri
Contoh Komunikasi yang Baik antara Suami Isteri
Elakkan Fakir
Dikhuatiri Engkau Kufur!
Mengurus Bajet Keluarga
Jimak
Hukum Jimak Suami Isteri
Adab-Adab sebelum Berjimak
Larangan Berjimak
Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Tip Menangani Masalah
Petua Kebahagiaan
10 Rahsia Kekal Bahagia
6 Langkah Meningkatkan Rasa Percaya
10 Nasihat yang Boleh Difikirkan!
5 Perkara yang Perlu Dijauhi
9 Cara Menambat Hati Suami Agar Sentiasa Berada di Rumah
8 Cara Mengelakan Pertengkaran dengan Anak
Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri
Doa Mohon Kesabaran dalam MenghadapiUjian Rumah Tangga
Doa Dipenuhi Keperluan Rumah Tangga
Doa Mohon Berasa Aman di Rumah
Doa Pelindungan Suami Isteri
Doa Meredakan Kemarahan
Doa Melepaskan Diri daripada Kesusahan
Doa Peroleh Anak yang Soleh
Doa Menjadi Suami Isteri yang Baik
Doa Hindar Suami Isteri daripada Maksiat
Doa Menjadi Suami Isteri yang Sentiasa Bersyukur
Doa Perlindungan daripada Gangguan Syaitan