Kau dan aku diciptakan dengan kepintaran yang sama,
Kau punya kepintaran dalam intelek, emosi dan rohani.
Aku juga sama, dilahirkan dengan kepintaran.
Tapi yang menentukan sebuah kejayaan, bukan semata-mata siapa yang dikurniakan tahap kepintaran lebih tinggi.
Sebaliknya siapa yang lebih gigih dan bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kepintaran yang ada.
Kepintaran perlu dikuasai, bukan dinikmati kerana pada akhirnya, ia menentukan siapa berjaya dan siapa yang gagal.
Topik yang dibincangkan dalam buku ini:
- Kau Berjaya kerana Perubahan Cara Berfikir dan Kuasa Minda
- Kau Berjaya kerana Perubahan Nilai yang Dipegang dan Kuasa Emosi
- Kau Berjaya kerana Kekuatan Kepercayaan dan Kuasa Rohani
Prakata vii
Bahagian 1 Kau Berjaya Kerana Perubahan Cara Berfikir dan Kuasa Minda
KEPINTARAN INTELEKTUAL (IQ)
Bab 1 - Dari Minda Kita Bermula 2
Bab 2 - Kereta Api Tidak Berundur ke Belakang 11
Bab 3 - Mentaliti Paracut Terbuka 20
Bab 4 - Berfikirlah Seperti Uthman bin Affan 28
Bab 5 - Hebatnya Imaginasi 35
Bab 6 - Sekolah Kebijaksanaan 43
Bab 7 - Mulakan Langkah dengan Wawasan 49
Bab 8 - Membangun Minda Ihsan 57
Bab 9 - Cipta Masa Depan dengan Inovasi 65
Bab 10 - Dari Buaian Hingga ke Liang Lahad 73
Bab 11 - Jauh Perjalanan Luas Pemandangan 81
Bab 12 - Tindakan Adalah Kuasa 90
Bab 13 - Utamakan yang Utama 98
Bab 14 - Jadilah Lidah yang Suka Bertanya 110
Bab 15 - Kata-KataAdalah Magik 118
Bab 16 - Denyut Inspirasi 127
Bahagian 2 : Kau Berjaya Kerana Perubahan Nilai Yang Dipegang dan Kuasa Emosi
KEPINTARAN EMOSI (EQ)
Bab 17 - Kenali Diri Sendiri 138
Bab 18 - Apa Ada Pada Empati 146
Bab 19 - Sentuhan Magnetik Sepasang Telinga 156
Bab 20 - Alah Bisa Tegal Biasa 164
Bab 21 - Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan 174
Bab 22 - Cabaran Adalah Batu Loncatan 181
Bab 23 - Sediakan Payung Sebelum Hujan 190
Bab 24 - Hikmah Konsistensi 199
Bab 25 - Kuasai Ketakutan 207
Bab 26 - Kekuatan Sejati 214
Bab 27 - Dibelenggu Malu 224
Bab 28 - Kepimpinan itu Contoh Tauladan 233
Bab 29 - Maju dalam Kepelbagaian 242
Bab 30 - Kesihatan adalah Kekayaan 253
Bahagian 3 : Kau Berjaya Kerana Kekuatan Kepercayaan dan Kuasa Rohani
KEPINTARAN SPIRITUAL (SQ)
Bab 31 - Di Bawah Lembayung Al-Quran 259
Bab 32 - Doa Laksana Embun yang Berguguran 267
Bab 33 - Syukur itu Indah 276
Bab 34 - Berilah Pinjaman yang Baik 282
Bab 35 - Cinta yang Tertipu 289
Bab 36 - Sedusta-Dusta Ucapan 298
Bab 37 - Cukuplah Allah Sebagai Pelindung 304
Bibliografi 314
Menjadi individu berjaya adalah sebuah seni menguasai kepintaran dalam diri. Setiap orang yang mengetahui teknik mengendalikan tiga jenis kepintaran ini lebih mudah menempuh cabaran dan akan lebih maju dalam tingkatan kehidupan.
• Kepintaran Intelektual (IQ)
• Kepintaran Emosi (EQ)
• Kepintaran Spiritual (SQ)
Setiap manusia memiliki tiga kepintaran ini dengan kadar dan tahap penguasaan yang berbeza dan ia dapat dilentur mengikut kesediaan individu itu sendiri.
Sesetengah orang menganggap kemampuan mengendalikan kepintaran ini hanya buat mereka yang tertentu, kesannya ramai yang membiarkan kepintarannya di tahap lemah selama-lamanya.