Buku ini adalah karya yang ditulis untuk Khalifah Abbasiyyah yang bernama al-Ma’mun pada abad 9 Masihi. Menghimpunkan muslihat pertempuran, prinsip kepimpinan dan teknik pengurusan risiko yang digunakan dalam kempen besar dunia Islam.
Kitab ini adalah ringkasan daripada buku al-Harthami yang lebih tebal berjudul al-Hiyal Fi al-Hurub. Ibnu an-Nadim dalam bukunya al-Fihrist, mengatakan kitab ini dikarang dengan begitu kemas dan dibahagikan kepada dua artikel utama. Artikel pertama mengandungi tiga bahagian, sementara artikel kedua dipecahkan kepada 36 bahagian, kemudian dibahagikan lagi menjadi 1025 bab kecil.
Sayangnya, kitab al-Hiyal Fi al-Hurub yang asal tidak dapat ditemukan lagi hingga sekarang, berikutan penaklukan bangsa Mongol (Tatar) yang memusnahkan kebanyakan khazanah penulisan para ulama.
Naskhah yang berjaya diperoleh hanya manuskrip berupa ringkasan yang diusahakan oleh seorang penulis lain yang hidup sebelum 10 Masihi. Buku yang ada di tangan pembaca ini hanyalah sebahgian kecil hikmah yang berjaya diselamatkan.
KANDUNGAN BUKU
Peta buku
Pengantar penerbit
Pengantar penterjemah
Pengenalan buku
Pengenalan penulis
BAHAGIAN 1: ASAS ROHANI DAN KEPEMIMPINAN
BAB 1: Takwa dan Ketaatan Merupakan Asas yang Terunggul
BAB 2: Interaksi yang Baik antara Panglima Perang dengan Para Pegawainya
BAB 3: Ciri dan Sifat Panglima dan Pegawai yang Cemerlang
(Amanah ialah Sifat Paling Utama bagi Seorang Pemimpin)
BAB 4: Berwaspada dan Menaruh Syak Wasangka pada Setiap Masa
BAB 5: Elakkan Sikap Tergesa-Gesa dan Tenangkan Diri
BAB 6: Berunding Dahulu dan Jangan Pentingkan Pandangan Sendiri
BAHAGIAN 2: KERAHSIAAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK
BAB 7: Kerahsiaan Peringkat Tertinggi
BAB 8: Membezakan Nasihat yang Benar dan Palsu
BAB 9: Tinjauan, Intipan, dan Risikan
BAB 10: Mempersiapkan Kedudukan dan Kelengkapan Tentera
BAB 11: Membahagikan Kedudukan Barisan Tentera
BAB 12: Menentukan Pelbagai Jumlah Ketumbukan Tentera
BAHAGIAN 3: STRUKTUR DAN FORMASI TENTERA
BAB 13: Kewaspadaan yang Tinggi Ketika Operasi Dimulakan
BAB 14: Meramal Bahaya yang Mendatang dan Menyusun Semula Barisan
BAB 15: Berhati-Hati sebelum Menyerbu dan Merapati Kem Musuh
BAB 16: Menentukan Kedudukan Barisan sebelum Menggempur Musuh
BAB 17: Pelbagai Bentuk Barisan Tentera sebelum Menyerang Musuh
BAB 18: Strategi Perang untuk Bilangan Askar yang Sedikit
BAHAGIAN 4: DINAMIK MEDAN DAN KEKUATAN TEMPUR
BAB 19: Lima Barisan Tentera sebelum Peperangan Dilancarkan
BAB 20: Meletakkan Pasukan Tentera yang Kuat dan Berpengalaman pada Setiap Lima Barisan
BAB 21: Pembahagian Unit yang Berbeza pada Setiap Lima Barisan Tadi
BAB 22: Posisi Tentera pada Setiap Lima Barisan Tadi
BAB 23: Pergerakan Ketika Melihat Pihak Musuh Berada di Hadapan
BAB 24: Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Kedua-Dua Pihak Bakal Menyerang?
BAHAGIAN 5: OPERASI KHAS DAN KESELAMATAN DALAMAN
BAB 25: Strategi Apabila Pihak Musuh Mendominasi dalam Pertempuran
BAB 26: Langkah yang Diambil Apabila Musuh Mengalami Kekalahan
BAB 27: Ciri-ciri Anggota Peninjau yang Mahir
BAB 28: Ciri-ciri Anggota Serang Hendap yang Mahir
BAB 29: Mengurus Unit Tempur pada Waktu Malam
BAB 30: Menghadapi Serangan Musuh pada Waktu Malam dan Cara Bertahan
BAHAGIAN 6: KUBU, KEPIMPINAN DAN HIKMAH PENUTUP
BAB 31: Pengetahuan Panglima Perang mengenai Kemahiran Fizikal Setiap Askarnya
BAB 32: Mengenali Sifat dan Peribadi Setiap Anggota agar Diberikan Tugas dengan Selayaknya
BAB 33: Mengurus dan Menghukum Salah Laku Tentera
BAB 34: Mengenali Jenis-Jenis Kubu dan Kaedah Serangannya
BAB 35: Mempertahankan Kubu Sendiri
BAB 36: Beberapa Tip Sampingan ketika Berperang
BAB 37: Matlamat Manusia yang Berbeza dalam Peperangan
BAB 38: Mengurus Aspek Kekuatan dan Kelemahan dengan Bijaksana
BAB 39: Membandingkan Perbezaan Pandangan dan Mengamati Pendapat yang Benar dan Salah
BAB 40: Pandangan Kami Tidak Dapat Memuaskan Hati Semua
RUJUKAN